Saturday, November 24, 2012

MAHA 2012

Salam,

Mulai 23hb November hingga 2 Disember akan berlangsung sekali lagi MAHA 2012. Aku tidak dapat pergi MAHA 2010 sebab tidak berkesempatan. Insya Allah aku akan ke sana pada tahun ini dengan niat mencari baka kambing Boer jantan yang baru bagi menggantikan pejantan aku yang sakit CLA. Kalau dapat cari vaksin CLA pun bagus juga manalah tau boleh sembuh.

Pada minggu lepas aku pergi ronda-ronda kandang kawan-kawan lama seperti DBaraqah Farm Sanglang malangnya sudah tidak beroperasi lagi. Niat di hati hendak cari pejantan Boer kalau mereka ada stok. Khabarnya sudah pindah operasi di Batu Pahat. Kesian penternak kambing..

Harap-harap di MAHA 2012 aku dapat cari baka Boer Jantan yang murah dan bertenaga!

Kelahiran tak dijangka..


Salam..


Pada hari Isnin minggu lepas aku menerima panggilan dari cikgu perempuan yang suka datang tengok kambing aku sebelum pergi sekolah..dia cakap ada anak kambing terbaring. Masa tu aku sedang khusyuk memotong rumput Napier sebagai bekalan cuti sekolah panjang ni..aku pun hairan juga anak kambing mana pulak. Rupa-rupanya seekor kambing aku melahirkan anak kambing yang baru..aku tak sangka sebab ingat kambing lain yang beranak dulu. Kelam kabut aku minta tolong kawan aku jenguk..balik-balik dah siap kandang sementara..alhamdulillah dapat anak betina seberat 3 kg lebih.

Anak kambing pertama...betina badan putih kepala coklat cair

Aku pun apa lagi terus siapkan petak kambing beranak sebelum kambing lain beranak. Dapat siap 4 petak tetapi belum sempat sumbat ibu kambing veteran pulak beranak kembar di luar petak. Masa tu hujan lebat, aku baru siap kelas tambahan SPM. Datang-datang dah beranak kaki terkepit celah kayu. Seekor anak betina mati kejung agaknya kena pijak ngan kambing lain. Anak jantan dapat diselamatkan. Aku punya geram..2 ekor lagi ibu bunting aku terus sumbat dalam petak beranak takut terjadi lagi.

Anak  kambing kedua...jantan

Apapun aku bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Jantan aku walaupun sakit dapat juga dia buntingkan keempat-empat betina yang aku ada. Selepas ini aku terpaksa sembelih sebab makin teruk sakitnya, Kesian dia..

                                                            Lutut semakin membengkak

Wednesday, October 10, 2012

Rezeki kambing kampung..

Salam,

Syukur pada Allah pada minggu ini, kambing kampung aku kat Seberang Takir telah beranak sebanyak 3 ekor ibu. Semua beranak kembar 2 tetapi aku belum tanya abang aku jantan betina berapa ekor. Dalam sibuk-sibuk nak pindah kandang tu kerana diambil alih oleh kerajaan tanahnya, makin bertambah pula ahlinya..betapa besarnya rahmat Allah.

Kambing di Johor Jaya masih belum ada pembeli..tarikh untuk aku keluar beruzlah sudah semakin hampir. Semoga Allah permudahkan urusan ini. Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Veterinar oh veterinar...

Salam,

Semalam aku hubungi pejabat veterinar untuk suntikan vaksin penyakit CLA yang dialami oleh kambing aku. Stok vaksin tak ada pulak..dah expired, sudahnya diorang suruh aku beli vaksin tu HTPVEC (lebih kurang gitula namanya sebab catat dari panggilan telefon) yang harganya RM200++.

Masalahnya CLA ini adalah wabak yang perlu dikawal oleh mereka, kalau sakit biasa bolehlah aku beli ubat-ubat yang patut. Kata mereka kalau nak suntik aku kena bayar harga vaksin tu. Patut tak korang rasa?

Tak membantu langsung veterinar Malaysia ni..minta datang pun pelbagai alasan diberi. Kalau kandang besar laju je...

Saturday, September 8, 2012

Caseous Lymphadenitis (CLA)...

Salam,

Hari ini aku ingin bercerita tentang sejenis penyakit kambing. Setelah ditilik oleh Dr.Zainal..kambing jantan aku mungkin mengalami penyakit CLA (kes bisul/bengkak nodus limfa) yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang bernama Corynebacterium pseudotuberculosis. Tanda klinikal utama jangkitan yang boleh dilihat secara mata kasar adalah bengkak, pecah dan bernanah di kawasan kelenjar seperti bawah leher, celah kelangkang, dan bahagian atas paha.
http://www.dvs.gov.my/html/themes/jph/pdf/4A_-_VETERINAR___PENYAKIT_BISUL_NODUS_LIMFA_(CLA)%5B1%5D.pdf

Kambing jantan aku mengalami bengkak kelangkang kaki belakang tetapi belum pecah. Penyakit ini boleh menyebabkan kambing jadi kurus dan jika pecah bisul boleh merebak ke seluruh kawasan kandang. Ngeri juga baca artikel pasal CLA ni tetapi jangan panik.

Langkah pertama, asingkan kambing. Kedua suntik antibiotik. Ketiga panggil veterinar untuk suntik vaksin. Keempat sembelih jika sudah kurus sangat, daging yang bengkak tu buang dan yang elok mesti dimasak sepenuhnya. Buat stik tak bolehlah..


Friday, September 7, 2012

Kisah Kambing di Kuantan..

Salam,

Kandang kambing di Kuantan sudah berhenti beroperasi buat sementara waktu. Antara sebab-sebabnya..

1. Penjaga kandang - adik ipar aku Zul sudah tak mampu nak jaga sejak kemalangan jalan raya di kaki.

2. Bekalan air dan elektrik - sejak Kedai Makan Pok Jak berpindah lokasi kami kehilangan bekalan kerana ianya disewa daripada mereka. Sukar beroperasi tanpa dua benda alah ni..

3. Peserta kontrak farming - 40 ekor kambing kampung cross  milik peserta kontrak En.Salihi manakala bakinya 10 ekor milik kami setelah semua Jamnapari kami dijual. Sekarang dia dah buka kandang sendiri di Kelantan jadi semua sudah pindahlah..

4. Ancaman haiwan liar - oleh kerana kandang menjadi sunyi maka serangan anjing liar yang menceroboh kandang berlaku menyebabkan beberapa ekor mati. Bakinya telah dijual kerana penjaga mengalami 'depression' akibat banyak sangat dugaan hehe..

Makanya tiada lagi kambing di Kuantan adik aku cakap tak nak bela lagi..dia nak buat trading je sebab orang masih mencari kambing untuk sembelihan.

Orang-orang kampung mula mencemuh kami..tak apa biarkan mereka melihat sebab hati manusia memang suka lihat orang jatuh. I.allah dengan bantuan Felda, kambing-kambing sembelih akan dibawa masuk selepas ini..

Cabaran lagi..versi Terengganu

Salam,

Tahun ini aku menerima satu lagi cabaran iaitu tanah tempat aku bela kambing kampung di Seberang Takir akan diambil alih kerajaan untuk projek pembinaan jambatan dan hotel sepertimana yang mereka buat di Pulau Duyung (tempat berlangsung Monsun Cup tu..). 

Notis pengosongan bermula bulan September telah dikeluarkan. Yang peliknya notis itu hanya diserahkan kepada rumah aku dan jiran sebelah sahaja. Pengusaha-pengusaha ikan masin yang sepanjang 1 km yang hanya 10 meter sahaja dari rumah aku tidak pula diberi dengan alasan mereka akan menaik taraf kawasan itu..

Sebenarnya tapak kandang itu adalah bekas rumah keluarga aku di mana disitulah kami membesar. Tiada geran kerana ia memang milik kerajaan....ah! malaslah nak fikir tapi biarlah tindakan mereka tidak mengabaikan nasib orang Melayu. Sebab bila cerita pasal projek sudah tentu orang Cina yang akan dapat dahulu sebagaimana berlaku kepada Pulau Duyung..

Dataran Shahbandar dilihat dari Puncak Bukit Puteri...seberang sungai tulah Seberang Takir.

Sekarang ini, aku dan abangku sedang rancang untuk pindahkan kambing kampung sebanyak 13 ekor pelbagai kategori umur dan jantina ke kandang Johor Jaya sebab kandang Kuantan sudah tiada kambing lagi dibela...aku akan cerita dalam post seterusnya. Cuma masalahnya aku perlu buat kandang tambahan sebab kambing yang nak dipindahkan ni spesies lain hehe..kat kampung dah tiada tempat nak bela. Abang aku pun dah sibuk sejak kawin jadi dia setuju aku bela kat Johor Jaya. Tinggal aku je yang masih bersemangat..

Kambing oh kambing..

Salam sejahtera,

Lama betul tak buat coretan tentang kambing ini. Aku masih berkecimpung dalam penternakan kambing. Ramai juga kawan-kawan yang dah entah ke mana..

Kambing sedang makan PKP jenama SIWA..
 
Untuk pengetahuan semua, kambing aku di Johor Jaya masih belum terjual walaupun dah ramai juga yang tanya tapi senyap tanpa susulan. Rasanya aku letak harga tak mahal..jatuh RM600 je seekor. Oleh sebab aku nak jual semua 7 ekor jadilah harganya RM4000 jadi orang pun takutla..tapi tak apa kalau tak leh jual aku bela je..time berkelana nanti aku upahlah orang jaga. Makanan pun dah xde masalah dengan tambahan 2 tong besar baru cukup untuk sebulan cuma orang yang aku upah ni perlu tahu merawat kambing kalau sakit. Setakat sakit teruk takdela cuma yang jantan 2 ekor kakinya asyik berkudis dan berulat kena selalu ditengok dan disembur ZOOSAMEX. Dah pelbagai rawatan aku bagi...Penicillin, Minyak Gamat, Iodin, Acroflavine hingga minyak hitam pun aku sapu tak hilang kudisnya. Suntik dengan Betamox LA dan Terramycin pun masih berulang sakitnya.  Sekarang aku sedang menghantar kes kepada Dr.Zainal (ex-U Keng) untuk didiagnosis..mintak-mintak dia tahu sebab dan cara merawatnya.

Murid aku sedang belajar mencincang Napier menggunakan mesin chopper sebab diorang belajar Bab Enjin.
 


Sunday, June 17, 2012

Kambing untuk dijual di Johor Jaya!

Salam sejahtera,

Lama aku tak ke udara tup-tup nak jual kambing. Aku ingin menjual kambing aku di kandang Johor Bahru terdiri daripada 2 ekor jantan jamna cross, 4 ekor betina boer dan 2 ekor anak betina berumur 3 bulan.

Aku nak jual sebab pada hujung tahun ini aku bercadang untuk keluar dakwah selama 40 hari. Dah 3 tahun aku x keluar. Sebelum ni aku upah orang menjaga tetapi setakat 2 mggu bolehlah aku prepare makanan..kali ini x boleh sebab lama sangat.

Aku bukan berhenti tetapi duit jualan aku akan beli kambing kampung dan hantar ke kandang Kuala Terengganu. Kambing kamping aku dah membiak sebanyak 15 ekor setakat ini. Sesiapa berminat boleh hubungi aku Zaki 012-7667139. Harga boleh dirunding.

Monday, March 26, 2012

Kelahiran sulung 2012..

Salam,

Pada hari Khamis 15 Mac kambing Boer aku di Johor telah melahirkan seekor anak betina tetapi masa tu cuti sekolah aku balik kampung abang aku kahwin jd ibu dara tu jenis geli anak dia menyusu, anaknya mati sebab lemah x menyusu. Yang tolong jaga kambing takde pengalaman..nak buat macamaa xde rezeki.

Alhamdulillah, hari Rabu 21 Mac Allah bagi aku ganti 2 ekor betina melalui seekor lagi Boer induk veteran..sekarang dah sihat aku pegang mak dia msa anak dia nk minum susu. Terima kasih ya Allah, mengembirakan hati hambaMu ini..

Tuesday, January 3, 2012

Dugaan tahun baru 2012..

Salam,

Aduhai..aku tak faham apa isu yang cuba dimainkan oleh orang atas kat tempat keje aku ni. Aku bela kambing ngan beli traktor pun nak dimesyuaratkan dalam meeting pentadbiran. Padahal banyak lagi benda yang perlu difikirkan. Bos baru belum panggil aku tentang hal ni..

Nampak gayanya aku kena pindahkan kambing aku ke kampung atau jual Boer kesayangan aku ni kemudian beli kambing kampung. Selepas itu hantar ke kandang K.Terengganu bersama kambing sedia ada. Nak hantar Boer ke sana takut tak serasi plak..


Nak jual ke tak ni???..

Tunggu bos panggillah baru buat keputusan..