Saturday, November 24, 2012

MAHA 2012

Salam,

Mulai 23hb November hingga 2 Disember akan berlangsung sekali lagi MAHA 2012. Aku tidak dapat pergi MAHA 2010 sebab tidak berkesempatan. Insya Allah aku akan ke sana pada tahun ini dengan niat mencari baka kambing Boer jantan yang baru bagi menggantikan pejantan aku yang sakit CLA. Kalau dapat cari vaksin CLA pun bagus juga manalah tau boleh sembuh.

Pada minggu lepas aku pergi ronda-ronda kandang kawan-kawan lama seperti DBaraqah Farm Sanglang malangnya sudah tidak beroperasi lagi. Niat di hati hendak cari pejantan Boer kalau mereka ada stok. Khabarnya sudah pindah operasi di Batu Pahat. Kesian penternak kambing..

Harap-harap di MAHA 2012 aku dapat cari baka Boer Jantan yang murah dan bertenaga!

Kelahiran tak dijangka..


Salam..


Pada hari Isnin minggu lepas aku menerima panggilan dari cikgu perempuan yang suka datang tengok kambing aku sebelum pergi sekolah..dia cakap ada anak kambing terbaring. Masa tu aku sedang khusyuk memotong rumput Napier sebagai bekalan cuti sekolah panjang ni..aku pun hairan juga anak kambing mana pulak. Rupa-rupanya seekor kambing aku melahirkan anak kambing yang baru..aku tak sangka sebab ingat kambing lain yang beranak dulu. Kelam kabut aku minta tolong kawan aku jenguk..balik-balik dah siap kandang sementara..alhamdulillah dapat anak betina seberat 3 kg lebih.

Anak kambing pertama...betina badan putih kepala coklat cair

Aku pun apa lagi terus siapkan petak kambing beranak sebelum kambing lain beranak. Dapat siap 4 petak tetapi belum sempat sumbat ibu kambing veteran pulak beranak kembar di luar petak. Masa tu hujan lebat, aku baru siap kelas tambahan SPM. Datang-datang dah beranak kaki terkepit celah kayu. Seekor anak betina mati kejung agaknya kena pijak ngan kambing lain. Anak jantan dapat diselamatkan. Aku punya geram..2 ekor lagi ibu bunting aku terus sumbat dalam petak beranak takut terjadi lagi.

Anak  kambing kedua...jantan

Apapun aku bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Jantan aku walaupun sakit dapat juga dia buntingkan keempat-empat betina yang aku ada. Selepas ini aku terpaksa sembelih sebab makin teruk sakitnya, Kesian dia..

                                                            Lutut semakin membengkak