Saturday, August 22, 2009

Kambing untuk dijual..

Salam,

Sebagai satu perubahan strategi pemasaran, ZZ Sunnah Farming ingin menjual sebanyak 15 ekor induk Jamnapari Ettawa dengan harga RM19,ooo (negotiable).

Kami akan menumpukan jualan kambing untuk sembelihan iaitu kambing Feral, kambing kampung dan kambing Boer.

Maklumkan kepada kawan-kawan yang berminat. Terima kasih.

Sunday, August 2, 2009

Kenduri doa selamat..

Salam,

Lama betul tak update blog ni..maaflah kepada semua pengikut setia blog ini. Pada 31hb Julai hari Jumaat lepas ZZ Sunnah Farming telah mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran atas segala rezeki dan kekuatan yang Allah berikan kepada kami.

Di samping itu juga, kenduri akikah dijalankan serentak untuk anak saudara aku merangkap anak pengurus ladang (Zulkifli) yang keempat Ammar Zikry..

Kami tak barbeku daging kambing sebab lokasi kandang menyukarkan orang surau nak datang. Makanya kami buat gulai kawah daging kambing Boer..lepas Maghrib terus tahlil dan doa selamat. Aku yang pertama kali makan daging Boer tak sangka sedap sungguh daging kambing ni...alhamdulillah, semoga semua doa dikabulkan.