Thursday, December 31, 2009

Lawatan ke DNR Agrobiz Bachok

Salam,

Semasa cuti sekolah baru-baru ini aku telah menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu aku di Kota Bharu. Dalam perjalanan pulang ke Terengganu sempatlah aku singgah di kandang En.Rahim pemilik bersama DNR Agrobiz dengan Abe Din..walaupun anak aku kena demam. Tujuannya hendak mencari anak kambing Saanen FB. Memang ada 3 ekor yang cantik..tup.tup tersambar 3 dara Boer yang memang cun habis sebab harga lebih murah. Bukan apa, pertama kali aku rasakan begitu mudah untuk membeli anak betina Boer, tempat lain susah orang nak jual..(pengalaman aku sendiri, sori..)


Aku bersama pengantin..


Anak aku demam..kesian pulak tapi dia tabah.


Aniq bersama salah seekor kambing DNR Agrobiz

Aku sumbat ketiga-tiga anak Boer tu bersama-sama anak buah aku kat belakangFrontier..tidurdengan kambing diorang hehe..

Haha..tidur dengan kambing..dah sampai pun x sedar.

Peserta Contract Farming pertama..

Salam,

Alhamdulillah..baru-baru ini kami telah menerima dua orang peserta yang berminat iaitu En. Salihi dan En.Syamsul. Kedua-duanya bertugas di UIAM Kampus Kuantan. Kami bersedia menjaga kambing untuk mereka memandangkan kandang kami masih banyak kekosongan. Kedua-dua mereka juga sangat berminat untuk membela kambing tetapi belum berkesempatan berbuat secara serius. Maka kami sangat berbesar hati memberikan mereka peluang belajar bela kambing hehehe...terima kasih juga memberikan kami peluang menjadi pelaksana. Kedua-dua induk Purebred dibeli dari SGI Farm, Melaka.

Stok Feral..

Salam,

Sesiapa yang berhajat untuk menunaikan ibadat akikah untuk anak masing-masing, datanglah pilih kambing di kandang Bkt Goh..pelbagai saiz ada disediakan..jemput dtg eh?


Bulu cantik buat kot ni...