Tuesday, July 29, 2008

Kandang Fasa 2

Salam sejahtera,

Semalam aku ambil cuti untuk balik kampung menziarahi ibu aku yang sakit di Seberang Takir K.Terengganu. Alhamdulillah dah sihat..aku kongsikan kegembiraan lahirnya anak kambing pertama dengan mak aku...dia cakap alhamdulillah dah jadilah tu..amin! Aku nak share dengan pembaca blog aku tentang keindahan bandar KT..




1. Jeti bot penambang 2. Sungai dan laut terpisah 3. Bot penambang



4. Jalan ke Pasar Payang 5. Marina Heritage Pulau Duyong 6. Anak buah aku..

Petang semalam aku ke Kuantan semula sebelum balik Johor. Kata sepakat telah diperolehi dengan tukang kayu untuk mulakan pembinaan kandang fasa 2. Petang tu JCB dah datang tumbangkan 8 batang pokok sawit dan ratakan tanah. Aku kena bayar RM500 setiap pokok sebagai gantirugi kerana hasil sawit tu dikongsi oleh adik beradik adik ipar aku.



Tapak kandang Fasa 2 100' x 30' yang telah diratakan















Kandang asal 20' x 14' kelihatan kecil apabila kawasan sekitar diratakan.

Sunday, July 27, 2008

Sejarah Tercipta...

Salam,

Hari ini 26/7/2008 genaplah sebulan aku menternak kambing dengan adik ipar aku dan semalam jugalah ZZ Sunnah Farming & Enterprise menerima kelahiran cahaya mata sulung kembar dua ekor anak kambing yang comel. Seekor jantan dan seekor betina.










Putera puteri sulung ZZ Sunnah Farming bersama ibunya...








Puteri cun














Putera tompok







Aku gembira sangat dan syukur kepada Allah s.w.t dengan kurniaanNya ini. Rasa macam nak belanja semua orang makan tetapi semua tak bolehlah nanti habis pulak modal nak buat kandang fasa 2 hehe...








Ariel sedang menyusukan anak kambing susu kolostrum





Kedua-dua anak kambing tu sihat, ambing ibunya juga penuh dengan susu jadi anak saudara aku perah susu tu dan bagi anak tu minum guna botol sebab lum pandai minum. Sebenarnya kami jangka kambing lain beranak, tengok2 kambing tu. Apapun syukur dengan kelahiran pertama ini, alhamdulillah!

Friday, July 25, 2008

Lifelong learning..


Salam,

Dalam kesibukan aku menjalankan projek kambing ini, aku hendak berkongsi tentang falsafah "Belajar sepanjang hayat". Semua penternak kambing bersetuju mungkin dengan pendapat aku bahawa ilmu menternak kambing perlu dipelajari lagi dan lagi..semakin banyak kita tahu, masih banyak yang kita tak tahu.

Jadi tidak hairanlah kalau kita lihat penternak kambing yang begitu "humble" walaupun mereka dah menjalankan projek mereka bertahun-tahun lamanya. Itulah keistimewaan penternakan kambing...ukhuwah sesama penternak dan sifat merendah diri di kalangan penternak menjadikan bidang ini pilihan aku.

Walau bagaimanapun aku telah menyahut cabaran diri aku untuk jadi pensyarah, maka aku nak maklumkan aku sekarang sedang sambung master degree kat UTM Skudai dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada masa yang sama, aku ingin menjadikan penternakan kambing berjaya...amin.

Wednesday, July 23, 2008

Rakan kongsi..


Salam, bertemu lagi.

Hari ini aku ingin menulis tentang rakan kongsi perniagaan. Nurizan adalah rakan kongsi aku, insyaAllah dia akan melabur 100k untuk projek fasa 2 ni. Dia ni macam2 bisnes dah buat tapi banyak yang lingkup, akhirnya aku berjaya meyakinkan dia tentang projek kambing ni.

Projek kandang fasa 2 belum dapat dimulakan sebab aku tak sempat nak ke Kuantan untuk berbincang dengan tukang tentang harga upah. Kayu pun ada sikit lagi nak kena beli. Aku dengan Nurizan tengah tunggu penyerahan duit loan, beberapa kali tertangguh kerana masalah teknikal.

Plan seterusnya aku nak kena buat silaj napier sebelum kambing masuk. Aku target awal Ogos. Silaj tu kena buat sebab aku lum cukup bekalan Napier sendiri macam aku cerita dulu. Jadi kena beli banyak dari penternak untuk jimatkan kos transport. Nak bagi tahan lama rumput tu apalagi silaj la..

Friday, July 11, 2008

Pembesaran kandang..


Salam sejahtera,

Bertemu lagi dalam coretan terbaru aku. Sekarang ni aku sedang plan untuk membesarkan kandang sebab bulan depan aku akan mula fasa 2 iaitu menternak 100 ekor kambing boer. Ada 6 company dah hantar quotation dan aku dah pilih yang terbaik, termurah dan paling sesuai dengan plan aku..kepada pembekal yang tidak terpilih thanks for ur support.

Tapi aku perlu selesaikan satu masalah iaitu kekurangan rumput Napier. Aku dah tanam 2 ekar tapi kecik lagi. Orang JPH datang tadi dia bising sebab aku hanya bagi makan daun sawit dengan pelet je. X cukup katanya. Aku pun tak faham, ada orang kata daun sawit ok. Apapun dalam belanjawan bulanan aku kena tambah rumput Napier dari penternak sekitar Kuantan. Hubungi aku zaki.hassin@yahoo.com.my sekiranya tuan boleh bekalkan rumput.

Loan aku dah lulus, lepas ni buat pagar untuk kandang dan ladang napier. Kalau tidak kerbau sebat anak napier tu. Kayu untuk kandang dah hampir lengkap cuma ada beberapa jenis yang perlu dicari. Doa kawan-kawan penternak diperlukan supaya aku berjaya...Amin. Jumpa lagi.

Monday, July 7, 2008

Masih jauh perjalananku...

Salam sejahtera,

Hari ini genaplah 2 minggu aku menjalankan penternakan kambing Jamnapari baka Ettawa. Aku pergi Kuantan dari Johor Bahru untuk melihat impianku selama ini..naik bas tu. Aku ajak anak sedara aku yang blaja kat IKM Pekan melawat kandang kat Bukit Goh tu. Siap tidur kat bangsal lagi pakai pelita ayam.






Ni bangsal tempat aku tidur..sejuk beb malam2.








Bangun pagi Sabtu tu , aku cuci kandang...bagi makan kambing daun sawit dengan dedak. Punyala seronok bersihkan kandang kambing sendiri. Kalau boleh, sebutir tinja pun aku tak nak lekat celah kayu tu hehe...







Kambing sedang sarapan pagi daun kelapa sawit.