Tuesday, July 29, 2008

Kandang Fasa 2

Salam sejahtera,

Semalam aku ambil cuti untuk balik kampung menziarahi ibu aku yang sakit di Seberang Takir K.Terengganu. Alhamdulillah dah sihat..aku kongsikan kegembiraan lahirnya anak kambing pertama dengan mak aku...dia cakap alhamdulillah dah jadilah tu..amin! Aku nak share dengan pembaca blog aku tentang keindahan bandar KT..




1. Jeti bot penambang 2. Sungai dan laut terpisah 3. Bot penambang



4. Jalan ke Pasar Payang 5. Marina Heritage Pulau Duyong 6. Anak buah aku..

Petang semalam aku ke Kuantan semula sebelum balik Johor. Kata sepakat telah diperolehi dengan tukang kayu untuk mulakan pembinaan kandang fasa 2. Petang tu JCB dah datang tumbangkan 8 batang pokok sawit dan ratakan tanah. Aku kena bayar RM500 setiap pokok sebagai gantirugi kerana hasil sawit tu dikongsi oleh adik beradik adik ipar aku.



Tapak kandang Fasa 2 100' x 30' yang telah diratakan















Kandang asal 20' x 14' kelihatan kecil apabila kawasan sekitar diratakan.

No comments: