Saturday, December 31, 2011

Rezeki hujung tahun 2011..

Salam,

Petang semalam lebih kurang jam 3.00 pm aku telah menerima panggilan dari abang aku di kandang K.Terengganu memaklumkan bahawa kambing kampung aku melahirkan sepasang kembar jantan dan betina alhamdulillah..sebulan yang lalu aku dapat seekor anak jantan yang agak besar. Nampaknya rezeki aku kat kambing kampung..kandang Kuantan kini sudah ada 64 ekor kambing kampung. Syukur..

Friday, December 9, 2011

Imbasan 2011...

Salam semua,

Tahun 2011 merupakan tahun transformasi bagi penternakan ZZ SunnahFarming setelah mengalami kegagalan pada tahun sebelumnya..

Setelah hampir setahun ianya dilaksanakan, alhamdulillah proses pemulihan yang diharapkan telah berjalan dengan baik samada kandang di Kuantan, Johor Bahru dan K.Terengganu (refer post http://sunnahfarming.blogspot.com/2010/11/perubahan-strategi-2011.html ). Kambing kampung cross di Kuantan semakin banyak membiak, kambing kampung di K.Terengganu dah melahirkan 3 ekor anak menjadikan 9 ekor kesemuanya kini manakala kambing Boer di J.Bahru gemuk dan sihat tunggu masa nak timang anak je selepas tukar jantan..

 Mesin chopper yang dibeli dengan harga RM2900

Rumput yang dikisar dicampur EM dan soya kering lalu diperam dalan tong sebagai silaj..

 Kambing kampung makan daun yang dibekalkan..

 Kandang K.Terengganu.


 Traktor bersama trailer menjalankan tugasnya..

 Batas yang dihasilkan dengan menggunakan traktor..tanaman bendi!



Aku mensasarkan setahun lagi untuk melihat hasil sistem pemakanan kambing aku di JB sama ada membuahkan hasil atau tidak, kalau tak beranak juga memang aku jual la jawabnya..bukan apa, sudah banyak aku korbankan duit dan masa untuk mereka demi untuk memastikan mereka sihat dan gemuk. Kalau mereka membiak dapatlah aku cover semula modal yang telah aku keluarkan..

Doakan aku ye kawan-kawan...







Tuesday, November 1, 2011

Mekanisasi ladang..

Salam,

Mekanisasi ladang adalah berkenaan dengan penggunaan jentera atau mesin yang untuk kerja-kerja perladangan atau pertanian. Ia telah lama dipraktikkan di negara-negara pertanian yang maju seperti di Amerika Syarikat atau Eropah. Kat sana murah sebab diorang buat sendiri jentera tetapi kita di Malaysia terpaksa import..jadi masih belum ramai yang mampu memilikinya.

 Pelbagai jenis mekanisasi ladang pertanian...

Oleh kerana aku bekerja 'one man show', terpaksalah aku mengharapkan bantuan jentera-jentera untuk memudahkan kerja-kerja aku menternak kambing ini. Seperti post aku yang lalu, aku telah membeli traktor untuk kerja membajak tanah bagi tujuan menanam jagung. Aku juga telah membeli mesin mini mixer untuk membancuh makanan kambing dan juga mesin chopper untuk mencincang rumput..


Mesin mini mixer HISAKI 2.5HP
 Setakat ini, mesin-mesin telah banyak membantu aku tetapi biasalah banyak juga modal yang perlu dikeluarkan. Jadi penternak-penternak baru pastikan mesin-mesin ini disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan penternakan...tq



 Gaya aku mengendalikan traktor...amacam?

Wednesday, October 5, 2011

Projek terbaru..

Salam sejahtera,

Pelajar aku bertanya kepadaku...sejak bila cikgu minat dengan bidang pertanian? Aku jawab sejak aku remaja memang dah minat. Suka bila tengok orang kutip telur ayam kat ladang ayam. Haa..begitulah mukaddimah post aku kali ini.

Aku sekarang dah mulakan projek baru..menanam jagung separa komersial hehe.. menggunakan mekanisasi ladang yang selalu digunakan oleh petani di Jepun. Apalah aku melalut ni..sebenarnya aku nak cerita yang aku dah beli mini traktor jenama ISEKI TS2202 untuk projek tanaman jagung dan sayur-sayuran di sekitar sekolah aku. Sekarang sedang belajar mengendalikan jentera tersebut yang terdiri daripada alat memelau tanah (plow), pembajak tanah (rotor) dan sebuah trailer.

 Traktorku bersama pemelau tanah..

Petang tadi baru sahaja memelau tanah...esok nak cuba membajak dan bina batas untuk tanaman. Tunggu hasil bergambar aku akan update sedikit masa lagi..wassalam.

Traktor dipasang dengan rotor pembajak

Traktor dipasang dengan trailer..


P/s: Gambar traktor sebelum aku beli (mudah.com.my)

Saturday, August 27, 2011

Update gambar..

Salam,

Hari ini aku upload gambar-gambar yang tak dapat dipaparkan sebelum ini...semoga jadi inspirasi kepada diri sendiri dan juga orang lain.

 Salah seekor kambing kampung yang beranak..ada 10 ekor ibu baru beranak meriah.


 Yang dah beranak dengan yang tunggu masa..


 Kambing-kambing yang aku hantar semula macam sedih bila aku nak balik..9 bulan bersama suka duka.


 Antara anak-anak yang baru dilahirkan..



 Anak Jamnapari jantan, dah lama aku tak terima anak Jamna..geram tengok!



 Kambing meragut waktu petang sekitar kandang.


 Sumber Napier aku..liar tapi jenis Napier India @ Taiwan, mungkin dulu ada orang tanam.



Saat paling digemari oleh kambing-kambing bila dapat meragut..

Saturday, August 20, 2011

Pasaran kambing merudum?

Salam,

Post kali tentang isu global..baru-baru ini aku singgah di Casserose (Marwa Farm) Segamat yang ada 7 kandang besar (rujuk post aku lawatan-ke-casserose-segamat ). Tujuan aku singgah adalah untuk membeli pejantan Boer baru bajet RM1000 sebab pejantan sedia ada milik peserta contract farming aku sudah dihantar pulang ke Kuantan semula...

Apa yang aku nak cerita di sini adalah, syarikat gergasi penternakan kambing ini sudah hampir ditutup kerana hanya tinggal 1 kandang sahaja, itupun yang dihuni kambing-kambing tua. Menurut pengurus, masalah berpunca daripada tiada pekerja, pasaran kambing tempatan tidak memuaskan dan ternakan tidak membiak seperti diharapkan...sedih aku tengok penternak kambing di Malaysia, semua lingkup kecuali yang jual susu je nampak stabil sikit. Yang jual daging dah tak larat menanggung kos...akhirnya kambing kampung jadi pilihan terbaik.

Aku simpati dengan mereka...namun perjuangan tetap perlu diteruskan.

Wassalam.


Bergerak ke hadapan..

Salam,

Perjalananku sebagai penternak kambing berjalan seperti biasa...kandangku di Kuantan pula semakin meriah dengan anak2 kambing baru jenis kampung kacukan milik peserta contract farming PM Salihi..Jamnapari aku sudah semakin tua tapi masih mampu beranak. Kambing boer aku sudah semakin sihat di Johor Jaya cuma belum beranak.

Apapun cabarannya aku terus bergerak ke depan dengan bermotivasikan penternakan kambing adalah sunnah para Nabi dan juga hasil pertanian adalah sedekah amal jariah.Wah! serius benor coretan aku kali ini..

Oklah, bagi relaks sikit otak. Aku sekarang sudah dapat memproses sendiri makanan kambing (campuran Napier + soya kering + EM + garam kasar) setelah aku beli mesin chopper 6hP dengan mini mixer 5hP..alhamdulillah..kambing sudah semakin gemuk dengan sekali-sekala aku lepas meragut di sekitar kandang.

Maaflah post kali ni aku xdpt upload gambar. Kabel rosak tak boleh transfer gambar dalam handphone ke laptop..

Wassalam.










Tuesday, April 12, 2011

Pastura...

Salam,

Post kali ini aku ingin menceritakan tentang kepentingan penternak kambing mewujudkan bekalan pastura yang mencukupi sebelum menternak kambing. Kegagalan aku mengenal pasti tapak yang sesuai untuk menanam Napier menyebabkan aku tidak dapat membekalkan makanan yang mencukupi untuk kandang di Kuantan. Ironinya kos meningkat kerana aku terpaksa mencari rumput Napier yang jauh dari kandang. Orang kata belajar dari kesilapan...

3 bulan yang lalu aku mula menanam rumput Napier dan jagung sebagai sumber makanan utama kambing aku di sini. Alhamdulillah, sudah mengeluarkan hasil...selepas ini luaskan lagi kawasan penanaman.

rumput dah tumbuh hampir 7 kaki selepas 3 bulan..

 sudah boleh dituai...rumput menjalar di bawahnya juga boleh dituai sekali..

Jagung sudah berbuah selepas 3 bulan tapi saiz gred C je..ada benda perlu belajar lagi nak dapat gred A 


 Aku sempat tanam dalam 30 pokok je...tak larat nak buat batas. Baru belajar pertama kali..

Daun sawit aku isi dalam Avanza sebagai makanan tambahan. Pokok sawit orang tebang jadi daun masih bersih.

Tuesday, March 29, 2011

Laporan terkini..Mac 2011

Salam semua...

Begitu lama aku menanti saat ini akhirnya dapat juga aku mengemaskini blog aku..dah 3 bulan tanpa berita.
Aku masih menjalankan penternakan kambing seperti sebagaimana transformasi yang aku ceritakan pada post yang lalu...

Aku sudah memindahkan kambing Boer aku ke Johor untuk dijaga sendiri..sebahagiannya milik peserta contract farming aku. Tujuannya adalah menggemukkan semula kambing itu sebelum aku kembalikan kepada peserta..alasannya di sini bekalan soya kering dan  makanan pallet mudah diperolehi.

Natijahnya rutin kehidupan berubah...setiap Ahad aku pergi cari rumput Napier, cincang pakai tangan, cedok tahi kambing seminggu sekali, tanam Napier sendiri sambil tanam jagung dan macam-macam lagilah..kadang2 tak terkejar tapi seronok. Kat sekolah kerja berlambak sampai lapar kambing aku tak sempat bagi...alhamdulillah kambing semua sihat dan bertambah gemuk.

ok...layan dulu gambar nanti aku citer lagi ok..

 Rumput Napier dan daun sawit yang dicari..semua angkut dgn avanza aku..


 Ini kerja yang paling aku tak tahan...kena cincang rumput sebab nak penuhkan satu tong sampah saiznya bengkak tangan aku..skang dah ok cuma kadang2 tak sempat cincang aku campak je daun...

Kambing makan Napier + soya kering + garam = berselera... 

 Rumput Napier aku tanam secara baring..lebih cepat dan senang ditanam. Gali2 sikit je..tapi nak cari masa untuk tanam bukan main susah sampai isteri aku bebel..

 Anak2 murid aku buat batas untuk tanam jagung...budak bandar aku ajar berkebun!


Kandang sedia ada aku ubahsuai buat takung makanan...ada 2 ekor biri-biri untuk sembelihan aku letak sekali. Dua2 dah selamat diakikahkan...alhamdulillah.