Sunday, October 26, 2014

Projek Akhir Tahun 2014..


Assalam..

Berikut adalah beberapa perancangan aku untuk tahun ini..

1. Menyiapkan kandang baru 14' x 20' sebelum kambing beranak hujung tahun ini ( 3 ibu bunting). Tergendala sebentar lepas berselisih faham dengan mak mertua haha..kes berebut cucu

2. Mencari pekerja tetap untuk uruskan kambing sepanjang ketiadaan aku di kampung. Sekarang kakak ipar yang diupah jaga sebab dia minat. Abg ipar yang jaga sebelum ni dah dapat kerja jauh.

3. Pasang pagar supaya kambing boleh dilepas meragut. Jimat tenaga cari makanan.

4. Roboh kandang di Kuantan untuk dijual kayunya..

Sekian. Harap sukses sebab ada yang guna duit ada yang tidak..


 
                                        
                 

                                                                   Baiki traktor gear jammed kos RM1300

Kilang jual makanan terbaru di Simpang Renggam..



                                                                  Ibu tua tetapi produktif


Ibu dan anak jantan..
 


Mesin chopper dan mixer nak dibawa pulang ke Pontian..

Kenapa aku masih bertahan..? Aku pun tak tahu..


Assalam..

Post kali ini berkisar kepada persoalan seperti tajuk di atas. Kambing-kambing di kandang Seberang Takir telah dijual dengan harga rm2800 (lumpsum 17 ekor kambing). Sebab dijual sudah dinyatakan sebelum ini iaitu tapak kandang kerajaan ambil alih untuk projek jambatan.

Kambing di kandang Pontian pada mulanya ada pembeli tetapi cancel last minute. Maka itulah kambingku yang masih menjadi nadi perniagaan penternakan kambing ini. Hati ini masih sukar melepaskan meskipun ia telah menjadi usaha non profit.

Baru-baru ini aku terbaca testimoni beberapa usahawan yang meningkat maju selepas menghadiri siri ceramah Dr. Azizan Osman. Tiba-tiba kepala aku jadi ligat untuk memajukan perniagaan dengan modal dan aset yang ada. Antara idea yang aku perolehi adalah

1. Menyewakan traktor yang aku miliki kepada sesiapa yang berminat.
2. Memasukkan kambing akikah untuk jualan di samping membiakkan kambing sedia ada sebanyak 5 ekor.
3. Menjual susu kambing yang dibeli daripada pembekal Osman Goat Farm

Semua idea ini akan terlaksana apabila aku memulakan langkah pertama iaitu menaikkan papan tanda.

Contoh papan tanda..

Cuma ada satu masalah, tapak kandang aku di Pontian adalah milik mak mertuaku. Semua nak kena minta izin dia..

Thursday, July 17, 2014

Perubahan operasi 2014..

Assalam..

Selamat menyambut Ramadhan yang sudah memasuki fasa ke-3 semoga malam Lailatulqadar akan ditemui pada tahun ini. Pada tahun 2008 iaitu semasa industry kambing sangat berkembang pesat pasti ada rakan penternakan yang post ucapan selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri..sekarang dah tiada..hmmm..

Pada tahun ini, aku terpaksa mengubah sedikit operasi ternakan kambing aku kerana tapak kandang di Seberang Takir akan di ambil alih kerajaan untuk projek pembangunan dan pembinaan jambatan dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu. Operasi kambing akan dipindahkan ke kandang Pontian.

Sekarang ini aku sedang membina kandang baru 20' x 14' untuk menerima kambing kampung yang membiak di sini. Kandang sedia ada pun agak uzur dimakan anai-anai dan banyak kecederaan berlaku. Nak tak nak kenalah buat baru tapi kayu yang digunakan kayu terpakai jadi jimat sikit kos.

Doakan semuanya berjalan lancar.






 Kelahiran sulung tahun 2014..jantan.





Pejantan baru...bagus sebab datang terus panjat betina.

Saturday, April 5, 2014

Assalam..

Selamat bersua kembali. Menyepi bukan kerana tiada aktiviti tetapi dihantui masalah untuk mengemaskini blog kerana pertindihan akaun. Sekarang dah berjaya kembali.

Hari ini aku menceritakan tentang penternakan kambing yang aku mulakan pada tahun 2008. Kandang di Seberang Takir tidak putus-putus beranak saja. Alhamdulillah. Kandang di Pontian pula aku kehilangan 2 ekor pejantan penting. Satu kerana lambat beri rawatan akibat luka di kaki manakala seekor lagi tidak dapat dikenalpasti puncanya. Minggu depan aku akan memasukkan pejantan Boer tempatan umur 1 tahun..yang betina dah montel-montel sebab makan terlebih cukup.

 Salah seekor kambing dihasilkan di kandang Seberang Takir..


 Kandang Kuantan yang sunyi tiada penghuni...


Pejantan muda di kandang Pontian yang mati..

Kandang di Kuantan masih sunyi tiada penghuni..mungkin akan dirobohkan sedikit bagi tujuan mengumpul modal. Aku akui kesilapan semasa membina kandang ini yang terlalu "ambitious".

Semoga semangatku akan terus kekal di sini..