Saturday, June 28, 2008

Projek Fasa 1 dah bermula...


Salam, bertemu kembali..lama tak update bukan sibuk tapi tak tau nak update blog ni. Baru tanya-tanya orang akhirnya dapat..

Alhamdulillah, projek kambingku dah bermula untuk fasa 1. Kandang saiz 20' x 14' siap pada 12 Jun 2008. Lepas kursus kat U Keng dengan adik ipar aku selama 3 hari..kambing masuk pada 26hb Jun 2008 hari Khamis sebanyak 1 ekor jantan, 5 ekor induk dan seekor dara.

Aku jugak dah beli dedak 3 beg, benih rumput 1 tan, mesin chopper, garam skit dengan ubat-ubatan asas. Banyak lagi benda nak kena beli ni...water pump sebab bekalan air lum ada, guna air kolam...Kayu 4" x 4" aku dah beli untuk kandang fasa 2. Sementara kos pengangkutan belum betul2 naik baik beli cepat2.