Wednesday, October 29, 2008

Inventori..

Salam,

3 hari lepas genaplah 4 bulan aku menjalankan penternakan kambing ini. Pejam celik..sekejap rasanya. Pahit manis masin tawar semua dah rasa bersama-sama adik ipar aku Zulkifly yang sangat berdedikasi. Tanpa dia tidak mungkin berjaya..aku harap dia bersabar kerana aku belum bayar upah dia setiap bulan. Kejayaan tidak datang bergolek..

Berikut adalah inventori kambing aku sebagai rujukan.

Kehidupan
Pejantan - 1 ekor
Induk - 23 ekor
Dara - 2 ekor
Anak jantan - 4 ekor
Anak betina - 5 ekor
Jumlah - 35 ekor


Kematian
Induk - 1 ekor
Anak jantan - 2 ekor
Anak betina - 1 ekor
Jumlah - 4 ekor


Tuesday, October 28, 2008

Lawatan ke Kandang Melayu Raya..

Salam semua,

Sempena cuti Hari Deepavali baru-baru ini, aku telah melawat sebuah kandang kambing di Kg Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian Johor semasa dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Pontian.



Pak Cik Salleh di hadapan kandangnya

Kandang seluas 24' x 60' ini dijaga oleh Pak Cik Salleh dan mengandungi hampir 30 ekor kambing Boer cross dan pejantan FB. Pak Cik Salleh ini menjaga kandang anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur. Kandang ini sudah hampir 2 tahun dibina oleh Pak Cik Salleh sendiri..


Kawasan ragut kambing

Yang menarik tentang kandang ini adalah ia mempunyai kawasan ragut berpagar untuk kambing-kambing beliau bersenam. Cantik betul pemandangan kandang tersebut. Pak Cik Salleh banyak berikan kambing-kambing beliau daun sawit, daun-daun kayu dan soya hull. Tapi harga dah mahal katanya...


Antara koleksi kambing Pak Cik Salleh

Aku doakan Pak Cik Salleh akan maju dengan kambing-kambingnya.

Thursday, October 23, 2008

Lawatan ke Casserose Pontian..

Salam,

Petang semalam aku ke kandang Casserose Pontian untuk bertemu dengan Rie (Marketing Director) Casserose yang turun dari Shah Alam bersama-sama bosnya dan pelabur. Kandang ini terletak di Kg.Sg Naga Laut, Api-Api, Pontian.


Papan tanda masuk(masih yang lama)



Pintu masuk ke kandang (Rie dengan anak
buah aku)

Tujuan aku ke sana adalah untuk meninjau harga beberapa ekor anak kambing Boer Brownhead untuk diternak di kebun Pak Mentua aku. Nak beli yang dah besar tak mampu, aku nak belajar bela anak Boer dulu..comel. Aku sudah datang sebelum ini tetapi tiada sesiapa berani buat keputusan tentang harga. Kebetulan Rie turun aku pun ambil peluang tersebut berjumpa dengannya.

Kandang no.3

Hasil perbualan aku dengannya, Rie memang arif tentang kambing. Banyak input tentang pemasaran aku belajar dengannya. Aku harap dia dapat bagi harga yang murah untuk aku yang baru nak belajar ini.

Kambing baru tiba dari Australia

Aku nak ambil kayu crate yang ditinggalkan untuk buat kandang mini kat kebun belakang rumah pak mertua aku tapi bos baru dia nak jual juga. Padahal yang dulu aku tengok dah reput macam tu sahaja. Jadi kenalah bayar sikit, biasalah adat orang berniaga.


Aku dan Rie (macam gaya Prof je..)

Aku ucapkan semoga Rie akan bertambah sukses dalam arena perkambingan ini, sayang nanti orang macam dia terjun ke bidang lain pulak.


Kelahiran ketujuh..

Salam,

Dah lama aku tak update blog ni sebab 1. Tiada cerita nak cerita 2. Aku sibuk buat assigment Master aku...tapi apapun, penternakan kambing tetap menjadi pujaan hatiku..

Alhamdulillah! Lebih kurang jam 7.30 pagi tadi, sunnahfarming menerima seekor lagi anak kambing betina seberat 4.8kg. Adik aku cakap besar anak kambing yang baru lahir tu, insyaAllah akan jadi induk unggul sunnahfarming satu hari nanti.

Gambar akan disertakan kemudian. Adik aku tak ada telefon bimbit berkamera nak ambil gambar.

Friday, October 10, 2008

Kelahiran keenam..

Alhamdulillah, sebelum maghrib tadi sunnahfarming menerima 2 ekor lagi anak kambing tetapi sayangnya seekor daripada anak kambing telah mati sejak dari dalam perut jadi dapatlah seekor sahaja yang sihat...alhamdulillah sekali lagi.

Nampaknya batch ke-2 kambing yang aku terima mengalami banyak masalah 'dalaman'. Aku dah komplen dengan U Keng tentang kualiti kambing yang mereka bekalkan, senyap je tak berjawab. Aku nak cuba minta ganti rugi, mana tahan kita penternak kecil ni.

Gambar aku update kemudian ok..

Wednesday, October 8, 2008

Kelahiran kelima...

Salam,

Alhamdulillah..ibu kambing kelima telah melahirkan anak jantan tunggal pada tengahari tadi. Perasaan gembira aku sama dengan perasaan aku semasa mula-mula ibu kambing beranak 3 bulan lepas..mungkin sebab masa puasa hari tu banyak cerita sedih. Allah kembalikan kegembiraan untuk aku...alhamdulillah!!

Gambar belum terima dari pekarangan kandang..tungguuuuu!
OK gambar dah terima. Besar anak kambing ni..comel.


Anak kambing jantan terbaru..

Monday, October 6, 2008

Logo Sunnahfarming...

Salam,

Seiring dengan era globalisasi, ZZ Sunnah Farming ingin memperkenalkan logo syarikat yang akan digunakan untuk penjenamaan dan pemasaran produk sunnahfarming ke peringkat yang lebih tinggi..kalau ada komen di alu-alukan.

Logo ini dicipta oleh adik isteri aku, Hazar yang bekerja sebagai pensyarah arkitek di UTM Skudai. Lum bayar lagi ni..belum bincang harga. Kalau kita lihat kereta-kereta buatan Jepun atau Eropah, logo diorang simple tapi membawa jenama kereta tersebut ke seluruh dunia. Itulah azam sunnahfarming...doakan ye!




LOGO


Salam aidilfitri 2...

Kandang baru dah siap tapi 30' x 30' aja. Cukuplah untuk kambing-kambing tinggal dengan lebih selesa. Yang selebihnya akan dibuat sedikit demi sedikit seiring dengan budget yang ada. Masalah tukang menyebabkan perancangan kandang agak terbantut manakala budget banyak lari kerana penggunaan kayu yang keterlaluan..inilah sikap orang Melayu. Alhamdulillah.. adik beradik aku sanggup tolong buat kandang tu nanti.

Kambing-kambing sedang berehat di kandang baru


Kandang baru dari pandangan depan



Ibu-ibu kambing dan anak-anak yang lahir 2 bulan dahulu bebas di kandang lama



Laluan utama kandang


Anak kambing kelahiran ke-3 dah besar panjang..

Salam aidilfitri..

Salam semua,

Dah lama tak update blog sebab sibuk beraya sana sini. Banyak 'story' ni. Antaranya dugaan di bulan Ramadhan tahun ini sangat berat buat Sunnahfarming. Kematian 2 ekor anak kambing lepas tu 2 ekor lagi keguguran dan kemuncaknya pada hari Ahad 28 Ramadhan ibu kambing kembar 3 pula yang mati setelah seminggu lebih tak nak makan..Dr.Zainal dari U Keng cakap kambing itu mengalami stress yang amat teruk menyebabkan kematiannya..nak sembelih masih ada kesan ubat, maka terpaksa biarkan ia mati.


Ibu kambing yang mati

Yang sedih satu-satunya anak dia yang tinggal dah jadi yatim piatu. Mula-mula adik beradik mati pahtu mak pulak, ayah tak tahu ke mana (bunting di U Keng, tak tahu siapa jantannya hehe). Terpaksalah pembantu adik aku Ha menjadi bapak angkat kambing tu. Aku dah belikan susu tepung gantian untuk anak kambing tu, kadang2 adik aku perah susu ibu yang keguguran tu. Semoga anak kambing ini menjadi induk kambing yang kental semangatnya...


Anak kambing yatim piatu



Ha melayan anak yatim piatu..


Ibu kambing keguguran, masih sedih lagi tu..