Wednesday, October 29, 2008

Inventori..

Salam,

3 hari lepas genaplah 4 bulan aku menjalankan penternakan kambing ini. Pejam celik..sekejap rasanya. Pahit manis masin tawar semua dah rasa bersama-sama adik ipar aku Zulkifly yang sangat berdedikasi. Tanpa dia tidak mungkin berjaya..aku harap dia bersabar kerana aku belum bayar upah dia setiap bulan. Kejayaan tidak datang bergolek..

Berikut adalah inventori kambing aku sebagai rujukan.

Kehidupan
Pejantan - 1 ekor
Induk - 23 ekor
Dara - 2 ekor
Anak jantan - 4 ekor
Anak betina - 5 ekor
Jumlah - 35 ekor


Kematian
Induk - 1 ekor
Anak jantan - 2 ekor
Anak betina - 1 ekor
Jumlah - 4 ekor


1 comment:

Brahim Nyior said...

Teruskan sahabat, jangan mundur. Langkah awal dah semakin berhasil. Dugaan tetap ada, tapi jangan patah semangat. Keep in touch!