Tuesday, November 23, 2010

MAHA datang lagi…

Salam sejahtera,

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau dikenali dengan MAHA kembali lagi pada 26hb November 2010 hingga 5hb Disember 2010 ini yang akan berlangsung di MAEPS Serdang. MAHA 2010 mungkin tidak sehangat MAHA 2008 di mana pada masa itu, industri kambing begitu pesat dengan pertumbuhan bilangan penternak meningkat secara mendadak. Sejak kebelakangan ini, industri kambing mula kurang diberi perhatian walaupun ianya masih berjalan seperti biasa. Mungkin ini hanya pandangan aku berdasarkan perkongsian maklumat dengan penternak lain..aku harap tidak begitulah.

Aku bercadang akan ke MAHA 2010 untuk mencari semangat baru dan menuntut ilmu yang masih belum diketahui dari rakan-rakan penternak lain. Maklumat lanjut tentang MAHA 2010 bolehlah dirujuk kepada laman web www.doa.gov.my


Tapak MAHA 2010 di MAEPS Serdang, Selangor.

Monday, November 15, 2010

Perubahan Strategi 2011

Salam semua, senario penternakan kambing buat masa ini amat tidak memihak kepada penternak kecil seperti sunnahfarming. Peningkatan kos makanan dan kesukaran untuk menjual kambing baka menjadi masalah utama. Namun begitu, terdapat sesetengah penternak kecil bijak mengambil peluang dengan menternak kambing susu kemudian menjual susu untuk menampung kos penjagaan. Yang lain terpaksa gulung tikar, itupun nak jual sebagai langkah penutupan juga sukar kerana tiada yang sanggup membeli. Yang berjaya mengharungi cabaran ini tahniah diucapkan..

Oleh kerana sunnahfarming telah bertekad tidak akan menutup perniagaan ini, kami terpaksa membuat perubahan strategi pada tahun 2011. Tahun 2010 boleh dikatakan tahun suram bagi kami. Kami kehilangan banyak kambing kerana kekurangan sumber makanan dan penyakit. Lori pulak rosak tak dapat nak angkut pelepah sawit…macam-macam lagilah masalah. Tapi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kami. Bayangkan aku terpaksa mohon pindah ke Pahang supaya aku boleh jaga sendiri kambing dengan adik aku tetapi sayangnya tak diluluskan pulak hehe..

Post mortem yang aku jalankan selepas 2 tahun menternak kambing mendapati tapak projek aku memang tidak ada 'ong' hehe..pertama, kambing terkena banyak penyakit sebab cuaca agak lembab di kawasan ladang aku, kedua rumput Napier yang ditanam tidak menjadi selepas beberapa percubaan. Jadi aku kena pindahkan kambing ke tempat lain. Oleh kerana sunnahfarming telah dikenali di kawasan sekitar Pahang, aku terpaksa rancang strategi berikut:

1. Kandang Bukit Goh akan menyimpan kambing Feral dan Birir-biri sahaja sebab hanya perlu diberi makan pelepah sawit sahaja.

2. Kandang Seberang Takir (kampong aku daa..) aku akan bela kambing kampung sebab lebih sesuai diorang hidup di situ. Kawasan berpasir dan terbuka.

3. Kandang Pontian/Johor Jaya (tempat aku kerja daa..) aku akan bela Boer sebab aku nak jaga sendiri kambing yang aku beli mahal2...sedih tau jantan aku harga RM2800 dah mati sob..sob.


 

Sekian...diharap aku tidak akan mengalah sampai bila2. Chaiyok Sunnahfarming!!