Monday, September 22, 2008

Allah yang menghidupkan, Allah jua yang mematikan..

Salam,

Petang tadi, Sunnah Farming kehilangan seekor lagi anak kambing kembar 3 yang lahir minggu lepas. Hari ini tiba-tiba anak kambing tersebut menjadi lemah dan tak nak minum susu. Kedua-dua anak kambing tersebut terpaksa minum susu botol kerana ibunya tak nak menyusu. Susu tu diperah daripada ibu kambing yang keguguran.

Aku sudah hubungi JPH Kuantan minta bantuan sebab ibu kambing kembar 3 tu masih tak nak bangun dan tak nak makan. Batuk-batuk dan hanya sangkutkan kepala di dinding kandang. Pegawai yang bertanggungjawab suruh adik aku bagi glukosa kat anak kambing tu, malangnya selepas 5 minit mati anak kambing tu. Dah sampai masa...

Esok aku nak minta pegawai tu datang ke kandang aku tengokkan ibu kambing tu. Kematian kedua-dua anaknya berpunca daripada ibunya yang tidak prihatin kerana dia sendiri sakit. Jangan tak datang dah...

Saturday, September 20, 2008

Rezeki di tangan Allah..

Salam,

Buat pertama kalinya, Sunnah Farming kehilangan anak hidup yang pertama apabila anak kambing jantan kembar 3 yang dilahirkan baru-baru ini mati pada jam 11 pagi tadi akibat tertindih dengan ibunya.

Pada hari sebelumnya, anak kambing tersebut telah tertindih ibunya sehingga kaki belakangnya tidak mampu diangkat. Setelah diberi rawatan oleh adik aku, petang semalam dah boleh bangun. Namun dek kerana sikap ibunya yang kurang menyayangi anaknya menyebabkan perkara tersebut berulang lagi. Pada mulanya kami telah memisahkan anak-anak tersebut dengan ibunya tetapi menangis pulak ibunya kerana terpisah...jadi kami masukkan semula ke kandang ibu.

Aku tak salahkan ibunya kerana ibunya memang sakit, tak mahu makan lepas itu tinja cair. Setelah mendapatkan nasihat pakar, adik aku suntik Betamox LA dan bagi minum Molasses sebanyak sesudu dengan segelas air. Petang semalam dah ok tapi umur anak kambing tak panjang...

Suatu pengalaman berharga untuk kami, sebelum ini baca buku sekarang alami sendiri cabaran-cabaran dalam penternakan kambing. Semoga Allah akan mengurniakan ganjaran yang lebih baik lantaran ujianNya ini..

Thursday, September 18, 2008

Dalam gembira ada duka..

Salam,

Semalam aku menulis tentang kelahiran kembar 3 yang pertama dalam sejarah penubuhan ZZ Sunnah Farming. Alhamdulillah...ketiga-tiganya sudah sihat. Berat purata 3kg. Semoga-moga ketiga-tiga membesar dengan cemerlang..amin.

Sebagaimana tajuk tertera, aku menerima panggilan daripada adik aku mengatakan seekor kambing aku keguguran 2 ekor anaknya seberat 800g dan 1300g setiap satu. Aku anggarkan kandungannya berumur sekitar 2 bulan lebih. Adik aku hampir menangis, aku cakap sabar itu adalah pelajaran untuk kita. Ibu kambing mengembek mencari anaknya. Aku suruh adik aku suntik iron dexter untuk tenangkan dia. Ini aku belajar dari Pak Saidali Senggarang masa aku melawat kandang dia.

Hasil siasatan adik aku, kambing itu adalah kambing yang jatuh tangga semasa operasi penerimaan kambing batch ke-2 tempoh hari. Mungkin itu puncanya. Rezeki di tangan Allah. Dari Allah dia datang, kepada Allahlah dia kembali..

Wednesday, September 17, 2008

Kelahiran keempat

Salam,

Tahniah kepada semua penternak! Alhamdulillah! hari ini ZZ Sunnah Farming menyambut kelahiran keempat dari ibu kambing batch ke-2. Yang lebih seronok, kembar TIGA!!! Kelahiran tepat jam 10 pagi tadi, adik ipar aku sedang memantau keadaan anak-anak kambing tersebut kerana kembar yang ke-3 agak lemah dan belum mampu berdiri.

Patutlah ibu kambing tu sampai tak mampu nak bangun, makan pun terpaksa disuap kerana menanggung kembar tiga dalam perutnya. Harap-harap pada Allah, dalam masa 2-3 jam lagi ibu dan anak-anaknya akan bertenaga.

Nanti aku update gambarnya ok. Penghargaan kepada semua rakan-rakan penternak terutama Azli AG, Prof Romatech, Shah dan En.Othman CAMs yang mendoakan kejayaan projek aku. Amin. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Tuesday, September 16, 2008

Semangat Ramadhan..


Bakal pejantan unggul
Salam,

Pada hujung minggu yang lalu aku telah ke Kuantan untuk menyelesaikan isu 'demand' tukang yang buat kandang aku. Adik beradik aku semua mendesak supaya kontrak tukang ditamatkan dan lantik tukang baru. Aku fikir kalau sambung kerja orang lain lagi susah, kos pasti lagi meningkat. Nak buat sendiri tak berkesempatan.

Pintu pagar kandang dah siap

Bincang punya bincang dengan tukang, aku offer tukang tu paling tinggi 8k bayar ansuran dengan syarat dia mesti siapkan kandang tu. Dia minta 10k. Aku juga minta dia berjimat cermat guna kayu sebab kos beli kayu agak tinggi sebab "tersalah kira" katanya. Alhamdulillah, dengan keberkatan bulan Ramadhan, proses buat kandang berjalan semula dengan lebih lancar. Dia pun fikir juga nak raya kan?

Pengurus ladang kait buah sawit (part time)

Yang kelakarnya, lupa pulak aku nak ambik gambar yang dah siap sebanyak 30' x 30' tu jadi aku masukkan gambar suasana kat kandang. Hari Ahad sebelum balik Johor, aku berbuka puasa dengan adik ipar aku dan anak2 saudara atas kandang...pehh syahdunya suasana.


Petak ibu kandang baru.


Menjamu selera dengan daun sawit

Tuesday, September 9, 2008

New Batch of Jamnapari..

Salam,

Pada jam 8.00 pagi tadi ZZ Sunnah Farming menerima 'batch ke-2 kambing Jamnapari sebanyak 20 ekor daripada U Keng Farming. Semuanya kambing betina untuk pejantan aku 'Abang'. Itu nama yang tukang aku berikan, aku pun rasa ok juga nama tu sebab tukang aku Zamri memang baik dengan pejantan aku walaupun pernah kena sondol.


Berasak-asak dalam kandang lama

Selepas ini aku akan cari pembekal lain yang sama kualiti dengan U Keng, dengarnya ada di sekitar negeri Pahang. Aku mementingkan kualiti dan standard yang tinggi untuk membiakkan kambing Jamnapari aku walaupun ramai pembekal Bumiputera yang ada tapi kebanyakannya kandang kurang bersih dan kambing kurang sihat. Antaranya mempunyai doktor veterinar sendiri, kebersihan kandang tahap tinggi, kesihatan kambing terjamin dan baka yang cantik. Inilah visi aku dalam penternakan kambing ini.


Kambing tengah melahap rumput Napier

Rancangan aku seterusnya adalah memasukkan kambing kampung, kambing feral, koplo dan jawarandu jantan untuk tujuan aqiqah dan qurban sebab permintaan agak tinggi di Kuantan atau Pantai Timur. Anggaran aku dalam 30 ekor. Lepas itu nak cari beberapa pasang kambing jenis lain seperti Saanen, Toggenburg, British Alpine dan Anglo Nubian untuk tujuan penyelidikan & pembangunan kambing susu.

Seterusnya aku akan memulakan fasa 2 iaitu penternakan kambing boer sebanyak 100 ekor. Semoga impian aku akan tercapai dengan doa rakan-rakan. InsyaAllah amin..

Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan..

Hari ini hari ke-3 kita berpuasa. Syukur pada Allah yang masih memberi peluang untuk kita berpuasa pada tahun ini. Aku mengambil kesempatan cuti 4 hari untuk pulang ke kampung untuk berpuasa di sana. Lepas itu aku ke kandang di Kuantan, fuuh..penat sungguh semasa pasang pagar. Aku dapat rasakan bagaimana susahnya orang kerja berat berpuasa.

Kandang fasa 2 dah siap hampir 50%. Kayu 1'x2' 1 bundle hanya cukup untuk buat 1/3 lantai, jadi aku beli lagi 2 bundle dengan kayu 2'x3' untuk naikkan bumbung. Dalam minggu ni aku rasa boleh siap lagi 20%.

Pintu pagar abang aku tengah buat pakai kayu dulu sementara dapat peruntukan untuk buat pagar besi. Tahap keselamatan perlu aku pertingkatkan kerana waktu tengah malam dah 2x 'pelawat tidak diundang' datang tolak2 pintu pondok. Risau aku dibuatnya. Alhamdulillah, abang aku dah hadiahkan satu lagi generator, bolehlah pasang waktu malam.

Oklah, itu sahaja coretan buat masa ini. Layanlah gambar yang aku attach. Kambing semua sihat alhamdulillah.