Wednesday, January 21, 2009

Pengangkutan di kandang..

Salam,

Pengangkutan di kandang sangat penting untuk memastikan kelancaran pengurusan kandang. Alhamdulillah, lori yang dibeli bulan lepas sangat penting kepada kami buat masa ini. Macam-macam nak angkut masa mula-mula dapat lori tu. Syukur kepada Allah azzawajalla..



Inilah lori sunnahfarming...



Semua orang gembira dengan kehadiran lori ini termasuk abang aku...fungsi utama lori - angkut Napier.

Masih ingat lagi kisah anak kambing yatim piatu aku? Sekarang sudah membesar dan berdikari. Atim namanya..semasa ibu dan 2 ekor adik beradiknya mati, kami tak jangka ia dapat hidup tetapi kuasa Allah membuktikan sebaliknya...Allahu Akbar!


Atim kini berusia 4 bulan bebas bermain di bawah kawasan kandang

Sistem 'trading'

Salam,

Alhamdulillah...sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang mengunjungi kandang kambing sunnahfarming. Orang sekitar Kuantan sudah tahu kewujudan kami. Salah satu pengunjung adalah wakil syarikat trading kambing.

Walaupun belum ada orang membeli kambing kami sendiri, adik aku dah berjaya menjual 3 ekor kambing untuk akikah. Kambing itu dibekalkan oleh syarikat tersebut. Itu bermakna pasaran memang ada..selepas ini insyaAllah dengan modal pinjaman TEKUN yang sedang kami usahakan, kami akan beli kambing untuk akikah atau korban. Kain rentang dan papan tanda perlu dipasang untuk menarik lebih ramai pembeli.

Syukur kerana salah satu objektif sunnahfarming iaitu untuk menjual kambing akikah telah dicapai.

Saturday, January 17, 2009

Isu keselamatan..

Salam,

Buat pertama kalinya pada tahun 2009 aku dapat menitipkan sepatah dua kata untuk blog penternakan aku.

Kesibukan di sekolah (awal tahun) dan juga pengajian Master aku menyebabkan aku tak mampu lagi mengemaskini blog aku..

Namun begitu, sms yang kuterima tengahari tadi dari adik aku cukup membimbangkan aku lantas memberi aku kekuatan untuk menulis. Seekor daripada anak kambing aku ditemui mati dengan mata hilang sebelah, telinga putus dan ada kesan gigitan di kakinya. Aku mengesyaki ianya perbuatan musang..atau rakan2 penternak tahu angkara siapa berdasarkan tanda-tanda tersebut.

Forensik yang dilakukan adik aku gagal menemui sebarang klu seperti najis atau bulu binatang tersebut. Yang ada mungkin air liur pada kaki tapi takkan nak buat ujian DNA hehehe...

Kalau anda ada idea boleh bagitau aku..thanks.