Sunday, January 10, 2010

Sewaan kandang..

Salam semua,

Tawaran adalah dipelawa kepada semua trader kambing atau penternak kambing yang berminat untuk menyewa satu petak kandang kambing kami seluas 25' x 30' yang boleh menampung 50-100 ekor kambing. Kandang sangat sesuai untuk menyimpan kambing Feral atau Boer slaughter sebelum diagih-agihkan kepada penternak berhampiran.


Petak kandang yang masih ada kekosongan..

Kami bersedia menjadi hab transit kambing Feral untuk sembelihan akikah. Sewa kandang tidak termasuk kos penyenggaraan kandang dan upah pekerja. Hubungi kami jika berminat. Terima kasih.

Saturday, January 9, 2010

Lawatan mesra SGI-Farm

Salam,

Pada masa cuti sekolah baru-baru ini, aku telah membuat lawatan ke SGI-Farm di Melaka kerana hendak memilih 2 ekor induk untuk peserta contract farming aku. Dah pilih tu aku 'tersambar' seekor pejantan Stud muda yang memang cantik. Aku nak gantikan dengan pejantan lama yang aku beli dari KTL Farm yang tak memanjat..

Seminggu selepas tu, En.Norman dan En.Shahrul (pemilik SGI Farm) telah membuat lawatan balas ke ladang ZZ Sunnah Farming untuk menghantar 10 tong Base Food yang aku tempah. Hantar sambil melawat..

Abg Norman, Shahrul bersama Zul (Farm Manager) dan Amin & Aniq..
 
Base Food tu memang wangi dan berkhasiat. Boleh digandakan dengan makanan lain untuk menjimatkan kos..memang berbaloi. Syukur dapat bertemu dengan sumber makanan yang lebih murah dan berzat untuk kambing.



Friday, January 1, 2010

Berita sedih..

Salam,

Hari ini (30 Disember 2009) aku berasa sangat sedih kerana kambingku Atim yang menjadi sumber inspirasiku dalam penternakan kambing telah mati setelah hampir sebulan bertarung melawan penyakitnya..aku agak penyakit pneumonia.

Bermacam-macam ubat telah kuberikan tapi apakan daya sudah sampai masanya. Itulah masalah yang kuhadapi, menjangkau umur setahun anak kambingku akan mula jatuh sakit kemudian mati. Aku rasa kehilangan..semoga Allah menggantikan yang lebih baik.


Atim dalam kenangan...(umur 1 tahun)