Sunday, April 12, 2009

Perkembangan terkini sunnahfarming April 2009..

Salam,

Post aku sebelum ini banyak berkisar tentang kandang orang lain tapi tak apa, bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman..

Jadi, sekarang aku ingin bercerita tentang perkembangan sunnahfarming..alhamdulillah, padapertengahan bulan Mac kami telah membeli 20 ekor kambing sembelihan untuk pasaran sekitar Kuantan terdiri daripada 5 ekor Feral dan 15 ekor Boer wether. Seekor sudah terjual...maka tercapailah objektif utama iaitu menjual kambing untuk orang ramai melakukan ibadat aqiqah sebagai galakan mentaati perintah Rasulullah s.a.w.



Feral sedang makan dengan lahap..gambar tanpa kepala adik aku yang snap..


Ini pula stok boer wether..tak sabar aku nak merasa seekor bulan 6 nanti..kami akan adakan kenduri doa selamat sedikit cuti sekolah pertengahan tahun nanti insyaAllah..

Kain rentang telah dipasang di sekitar kandang dan promosi di blog turut dijalankan.
Ramai juga pelanggan kami yang ingin beli anak-anak kambing baka Jamnapari Ettawa yang ada tetapi kami tak mampu penuhi kerana stok yang terhad. Kami akan cuba dapatkan stok dari U Keng sebagai gantian.


Anak-anak kambing jantan sunnahfarming yang hangat di pasaran..

Kandang pun sudah siap sepenuhnya berlantai dan berdinding. Kambing-kambing semuanya sihat alhamdulillah. Lega rasanya dengan kurniaan Allah ini yang membantu kami bersabar. Namun begitu, suntikan modal tetap diperlukan supaya perniagaan ini lebih stabil. Masih banyak kekurangan pada sunnahfarming, semoga Allah memberi kekuatan supaya dapat terus kekal dalam industri ini..


Stok kambing kelahiran Kuantan dapat turun ke tanah bukan main happy...tapi macam ayam bandar tak tahu nak pergi ke mana..

Lawatan ke Kuantan 3rd story..

Lawatan ke kandang tanpa nama..

Seterusnya aku pergi melawat sebuah kandang ternakan yang sudah berusia 9 tahun di Bukit Goh. Pemiliknya bernama Adi. Kandang beliau agak tersorot di kebun sawit. Tidak ramai yang tahu tentang kandang ini, tapi yang pasti kambing mereka sungguh banyak dan sihat-sihat belaka. Aku anggarkan lebih 100 ekor terdiri daripada kambing kampung cross, kambing Boer pure dan cross, kambing jamnapari cross dan juga kambing Feral.


Koleksi kambing jantan Boer, kampung cross dan macam-macam lagi..

Untuk pengetahuan pembaca, kandang inilah yang membekalkan kambing Feral akikah untuk pelanggan sunnahfarming. Kami beli kemudian jual semula. Sekarang kami dah ada stok kambing sembelihan sendiri. Bolehlah dapat untung lebih sikit, itupun tak banyak kalau kos makanan diambilkira betul-betul.

Kambing betina jenis kampung cross..

Satu lagi rahsia kesihatan kambing di kandang ini yang aku boleh kongsikan adalah mereka menggunakan sumber makanan pelepah sawit dan dedak kambing jenis SIWA sahaja. Tiada rumput Napier, sekali-sekala sahaja. Yang pasti bro Adi ini adalah penternak berpengalaman cuma promosi sahaja kurang. Selepas bolehlah kami bekerjasama dengan dia memajukan industri perkambingan...

Stok kambing Feral, yang tanduk panjang tu tak jual..koleksi peribadi katanya...

Kampung cross bersama dua ekor anaknya..


Pejantan Jamnapari cross dengan betina boer cross


Pejantan Boer dengan betina boer cross F1

Lawatan ke Kuantan 2nd story..

Lawatan ke ladang Sedia Budi Sdn Bhd..

Pada hari yang sama aku melawat Panching Ternak Ent., aku singgah pula ke satu kandang kambing di Jalan Sungai Lembing. Kandang tersebut terletak di lereng bukit pinggir hutan balak. Cantik sungguh pemandangan..Kandang ini kepunyaan bekas Menteri Besar Pahang sebelum era Tan Sri Khalil Yaakub (kalau tak silap Datuk Rahim Bakar namanya..)

Kandang ini diuruskan oleh menantu beliau tetapi tiada di kandang semasa aku tiba. Yang ada hanya 2 orang pekerja Indonesia.

Pemandangan dua buah kandang Sedia Budi yang terletak di atas bukit..cantik bukan?

Sebahagian kambing yang ada di kandang. Semua jenis Jamnapari tulen dan kacukan.


Kelihatan sekumpulan kambing kampung ber'jantan'kan Boer tulen sedang merayau-rayau sekitar ladang mencari makanan. Ini sahaja kambing yang mereka ada sekitar 100 ekor.

Saturday, April 11, 2009

Lawatan ke Kuantan..

Salam,

Hari ini aku ingin bercerita tentang lawatan aku ke kandang kambing sekitar Kuantan 3 minggu yang lalu. Dah lama aku menyimpan bahan untuk entri aku kali ini, baru sekarang mampu diterjemahkan ke paparan blogku ini..

Lawatan ke Panching Ternak Enterprise
Kandang kambing seluas 20' x 40' ini (kalau x silap) terletak di Kg.Panching, Kuantan, Pahang. Ia dimiliki oleh En.Zul, seorang pekerja offshore dan diuruskan oleh En.Fadil, seorang pekerja tempatan yang berdedikasi. Kandang ini kecil sahaja tapi lengkap dari semua aspek asas pengurusan kandang kambing.

Stok kambing Feral untuk akikah <Panching Ternak>

Kambing Saanen untuk jualan susu segar setiap hari <Panching Ternak>

Rumput Napier yang ditanam seluas 1 ekar tumbuh segar<Panching Ternak>

Pertemuan tu lebih kepada perbincangan tentang kos operasi yang semakin meningkat, jadi Panching Ternak lebih menumpukan jualan susu kambing dan jualan kambing akikah. Tujuannya supaya aliran tunai lebih lancar. Kalau harapkan jualan kambing baka, lambatlah jawabnya nak masuk duit ke kantung syarikat...

Kandang kos rendah khas (RM2000++) untuk kambing Feral <Panching Ternak>


Aku bersama Abg Zul pemilik Panching Ternak Enterprise..