Friday, May 23, 2008

Hasrat Murniku....

Salam untuk semua,

Biarku perkenalkan diriku terlebih dahulu...daku dahulu bekerja dengan syarikat Jepun lepas dapat diploma dari Politeknik Kota Bharu. Nama company tu..NICHICON Malaysia, kilang buat kapasitor sejenis komponen elektronik. Banyak aku belajar kat situ..

Lepas tu aku sambung belajar kat UTM Skudai ambil Ijazah Kejuruteraan Mekanikal selama 3 tahun. Abis degree aku kerja engineer kat Flextronics Tampoi. Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Itulah rutin aku selama 3 tahun...aku rasa tidak puas. Aku sebenarnya nak jadi pensyarah tapi pointer tak cukup.

Pahtu aku dengar berita tentang KPLI, aku pun cuba apply alhamdulillah dapat padahal aku dengar orang lain berkali-kali mintak tak dapat-dapat. Rezeki aku mungkin. Sekarang aku jadi cikgu...hehe apa kaitan cerita aku ni erk dengan penternakan?

Aku tak tahu bila minat aku nak menternak kambing berputik tapi aku sekarang dah bersemangat giler nak menternak. Aku pilih kambing sebab kebanyakan para nabi kena bela kambing dulu sebelum jadi nabi. Tujuannya untuk mendidik hati para nabi sebelum mendakwah manusia kepada Allah.

Aku perasan semua penternak kambing yang aku ber'guru' dengan mereka semuanya baik-baik, tak lokek ilmu, memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi. So aku yakin memang menternak kambing menjadikan orang tawaduk. Tapi aku risau juga tengok orang ternak kambing terlalu cinta sangat kat kambing. Bukan apa takut nak mati nanti asyik sebut kambing je...susah plak kita kat sana nanti.

Aku sekarang sedang nak buat kandang saiz 20' x 14' di Felda Bukit Goh Kuantan. Adik ipar aku jadi pengurus kandang sebab tanah tu dia punya. Aku start bela kambing Jamnapari dulu sebab cita-cita aku nak buat macam U Keng Pt Yaani. Jadi aku ambik pakej diorang..

Plan aku seterusnya nak ternak Boer dengan skala besar...sapa-sapa yang boleh bagi harga terendah untuk 100 ekor Boer purebreed betina dan 4 ekor FB jantan bolehlah email aku.

Doakan aku berjaya....