Thursday, November 27, 2008

Kelahiran ketiga belas..

Salam untuk semua..

Maaf sebab lama menyepi..sudah hampir dua minggu aku berkampung di Kuantan menyiapkan kandang aku yang masih berbaki lagi 70 kaki tak berbumbung tu..alhamdulillah sekarang sudah hampir siap walaupun tidak sepenuhnya. Aku upah TKI (tenaga kerja Indonesia) untuk siapkan bahagian bumbung manakala bahagian dinding aku gotong-royong dengan abang dan adik ipar aku...


Kocok dan rakannya sedang memasang bumbung..puas hati tengok hasil kerja mereka.


TKI wanita turut bantu siapkan kandang aku..

Dalam duk sibuk-sibuk buat kandang tu, alhamdulillah lahir lagi 2 ekor anak kambing betina yang comel..terkabul juga impian aku nak melihat anak kambing aku lahir depan mata. Ibu kambing tu pun ok..penyayang.


Kembar 2 betina dilahirkan jam 8.00 malam..alhamdulillah!

Tapi maaf tak dapat update gambar, tak boleh download. Sabar noo...Dah update!

Sunday, November 16, 2008

Yang Kekal Hanya Allah..

Salam sejahtera..

Tiada yang kekal di dunia melainkan Allah..mesti pembaca sudah boleh mengagak cerita dalam post aku kali ini. Hari Jumaat aku bercerita tentang kelahiran kembar terbaru, petang semalam aku terima berita sedih kematian kedua-dua kembar tersebut. Innalillahi wainnailaihi raji'un..

Aku pasrah dengan ketentuan Allah. Adik aku minta maaf dengan aku atas kegagalan beliau menjaga kedua-dua anak yang baru lahir tu. Aku pun tak salahkan dia kerana banyak benda dia nak kena buat seorang diri..cari rumput, kandang kosong..nak upah pekerja belum mampu.

Kedua-dua anak kambing tersebut aku rasa kekurangan imunisasi, najis cair kerana ibu kambing tersebut kekurangan susu kolostrum. Akibatnya mudah terkena jangkitan. Azli AG nasihatkan aku bagi anak kambing baru lahir dengan maimune, sejenis ubat imunisasi. Terima kasih Azli atas nasihat yang diberikan. Adik aku dah berikan ubat ABC, sejenis ubat imunisasi juga tetapi sudah takdir, tak seperti anak kambing lain.

Tiada sesiapa pun harus disalahkan melainkan diri sendiri yang perlu belajar lagi dan lagi memahami penternakan kambing. Aku tidak akan berputus asa, kejayaan pasti akan menjadi menjadi milik ZZ SUNNAHFARMING! Amin..

Friday, November 14, 2008

Kelahiran kedua belas..

Salam,

Alhamdulillah..syukur pada Allah! Pada jam 9.30 pagi tadi sunnahfarming menerima berita gembira kelahiran anak kembar kemungkinan kedua-duanya jantan. Belum confirm lagi sebab baru lahir...

Ada pakar mengatakan kambing jantan beranak kembar akan menjadi baka jantan yang unggul apabila besar nanti. Harap-harap pada Allah kambing yang baru lahir ini akan menjadi seperti teori yang dinyatakan...amin.

Macam biasala tuan-tuan post aku dah lama tak bergambar, sebulan lebih aku tak kesana. Esok aku akan ke Kuantan, rindu tak terkata kat kambing-kambing aku. Nanti aku tunjukkan gambar-gambar terbaru kambing aku..tungggggguuuu!

Monday, November 10, 2008

Ujian lagi..

Salam semua..

Minggu ini sunnahfarming diuji lagi oleh Allah s.w.t. Anak kambing yang lahir pagi tadi dah kembali ke tanah..begitu juga anak kambing kelahiran kelapan yang tinggal seekor pun mati juga selepas menghirup udara di dunia ini selama 5 hari bertemankan adik aku yang hari-hari bagi susu dek kerana ibunya tidak sayangkan dia...ini semua ketentuan Allah kan?

Lagi ramai penternak yang diuji lagi teruk dari kami..ada yang mati 4 ekor induk baru sebulan bela, ada yang mati 47 ekor, ada yang kambingnya kena curi 80 ekor dan macam2 lagi. Ini kira okla untuk sunnahfarming...nak kena belajar lagi memahami kambing.

Ilmu belum cukuplah tu, tak faham2 lagi. Tapi sunnahfarming akan meneruskan perjuangan ini sehingga berjaya!! CHAIYUK!!

Kelahiran kesebelas...

Salam semua,

Jam 2.45 pagi tadi seekor lagi ibu kambing beranak tunggal. Walau bagaimanapun, kelahiran ini agak mengejutkan kerana ibu kambing ini baru berumur kurang 1 tahun. Kesannya, anak yang lahir agak kecil dan lemah malahan susu pun tak ada.

Aku dan adik aku pun hairan bagaimana perkara ini berlaku. Tidak mungkin dia bunting di Kuantan sebab baru 2 bulan kambing tu tiba, ini bermakna ia telah bunting di U Keng. Aku dah angin dengan U Keng ni, dahla harga kambing dara tu mencecah RM1500 seekor dengan alasan kambing tu baka Anglo.

Adik aku cakap anak kambing yang lahir tu 50-50 peluang untuk hidup. Susu kolostrum tak ada dari ibu dia, aku terpaksa guna susu biasa dari ibu lain susahlah sikit anak tu nak sihat. Yang Allah, Kau hidupkan anak-anak kambing itu..Engkaulah Yang Menghidupkan...amin.

Thursday, November 6, 2008

Kelahiran kesepuluh..

Salam,

Jam 5.30 ptg tadi, kami menerima sepasang lagi anak kambing yang comel. Syukur pada Allah kerana kurniaanNya ini. Maklumlah inilah kali pertama kambing batch ke-2 beranak kembar dua hidup. Yang sebelum ini banyak anak tunggal atau mati salah seekor. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya dengan memberikan kegembiraan kepada kita setelah diuji dengan sedikit musibah.

Gambar akan diupdate kemudian bila aku ke Kuantan minggu depan. Dah rindu sangat ni, hampir 4 kelahiran aku tak tengok lagi anak-anak kambing baru.

Tuesday, November 4, 2008

Kelahiran kesembilan...

Salam sejahtera...

Dalam kesibukan adik aku menjaga induk kambing yang sakit tu...lebih kurang jam 6.30 pagi ada seekor lagi ibu kambing melahirkan anak tunggal jantan. Alhamdulillah...Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...Tidak sekali-sekali Dia membiarkan hamba-hambaNya berada dalam keadaan gundah gulana. Allah berikan sedikit kegembiraan buat merawat luka kehilangan ibu kambing.

Betul kata pepatah...Yang patah kan tumbuh, yang hilang berganti. Mungkin Allah hendak bagi yang lebih baik dari apa yang kami ada sekarang..

Lepas ini, sesiapa yang berminat hendak beli anak-anak kambing jantan bolehlah sebab aku dah ada banyak kambing jantan..

Kematian induk kedua..

Salam,

Beberapa hari yang lalu aku menerima panggilan telefon dari adik aku memberitahu ada seekor ibu kambing mengalami simptom yang hampir sama dengan induk kambing yang mati pada bulan Ramadan iaitu tak nak makan, mengasingkan diri dan ada tanda seperti sakit mata. Aku dah suruh adik aku suntik antibiotik tapi keadaannya tidak berubah.

Kemudian adik aku telefon JPV Kuantan untuk bantuan. Doktor yang datang telah suntik "terramycin' dan suruh adik aku gerak-gerakkan kambing ini supaya antibiotik bergerak ke seluruh anggota. Dr itu pun tak dapat mengesan jenis penyakit kambing ini.

Jam 11.00 malam tadi keadaannya makin tenat, terbaring dan langsung tak boleh bangun. Lebih kurang jam 1.00 - 2.00 pagi induk kambing tu akhirnya mati..innalillahi wa innailaihi raji'un. Buntu aku dan adik aku memikirkan punca penyakitnya itu..yang lebih membimbangkan ada seekor lagi yang menunjukkan simptom yang sama...

Allah akan menguji iman kita sama ada kita makin hampir atau makin jauh denganNya apabila ditimpa musibah..aku harap rakan-rakan doakan kami tabah menghadapi dugaan ini.

Monday, November 3, 2008

Kelahiran kelapan...

Salam...

Petang tadi lebih kurang jam 5 petang, seekor lagi ibu kambing melahirkan kembar 2 seekor jantan dan seekor betina. Tetapi sayang sekali, yang betinanya mati lemas kerana lendir yang tidak dibersihkan oleh ibunya...

Pengurus tiada di kandang pada masa tu kerana pergi ambil rumput Napier. Tengok2 dah beranak kat kandang besar, yang geramnya ibu dia buat dek je anak dia. Nampaknya aku dah jumpa ibu yang "dok carre" anak dia..huhuhu..adik aku terpaksa ikat dia supaya menyusukan anak sebab dia lari-lari..

Aduhai, nampaknya anak tu kena dijaga rapi. Nasib baik aku dah beli susu tepung, boleh tambah-tambah susu kalau tak cukup.

Ish..dah sebulan aku tak jenguk kandang aku di Kuantan tu..dek kesibukan aku di sekolah dengan pengajian Master aku. 2 minggu lagi aku pulun habislah..mesti boring post aku tak ada gambar erk?