Tuesday, November 4, 2008

Kematian induk kedua..

Salam,

Beberapa hari yang lalu aku menerima panggilan telefon dari adik aku memberitahu ada seekor ibu kambing mengalami simptom yang hampir sama dengan induk kambing yang mati pada bulan Ramadan iaitu tak nak makan, mengasingkan diri dan ada tanda seperti sakit mata. Aku dah suruh adik aku suntik antibiotik tapi keadaannya tidak berubah.

Kemudian adik aku telefon JPV Kuantan untuk bantuan. Doktor yang datang telah suntik "terramycin' dan suruh adik aku gerak-gerakkan kambing ini supaya antibiotik bergerak ke seluruh anggota. Dr itu pun tak dapat mengesan jenis penyakit kambing ini.

Jam 11.00 malam tadi keadaannya makin tenat, terbaring dan langsung tak boleh bangun. Lebih kurang jam 1.00 - 2.00 pagi induk kambing tu akhirnya mati..innalillahi wa innailaihi raji'un. Buntu aku dan adik aku memikirkan punca penyakitnya itu..yang lebih membimbangkan ada seekor lagi yang menunjukkan simptom yang sama...

Allah akan menguji iman kita sama ada kita makin hampir atau makin jauh denganNya apabila ditimpa musibah..aku harap rakan-rakan doakan kami tabah menghadapi dugaan ini.

No comments: