Monday, August 25, 2008

Sambungan...perkembangan terkini!

Salam,
Sekarang aku nak cerita pulak tentang rumput Napier. Masalah rumput Napier sudah selesai kerana sekitar Kuantan banyak rumput Napier liar yang tumbuh melata. Ada yang tinggi sampai 6 kaki. Aku kagum dengan adik ipar aku yang begitu aktif mencari rumput sekitar kandang kambing aku..hari tu aku ikut sekali sampai calar-balar tangan aku. seronok tetapi merenyam kena miang.


Bekalan rumput tu cukup untuk berbulan-bulan lamanya sebab ada 2 atau 3 tempat yang boleh 'rotate' . Yang susah sikit hanya nak angkut rumput tu ke kandang. Terpaksalah kereta Iswara adik aku jadi 'lori' tetapi boleh muat 2 guni penuh sahaja.



Selepas ini rumput akan ditanam di dalam kawasan kandang. Pagar pun telah dipasang 90% seluas 2 ekar, cuti sekolah aku sibuk naikkan pagar 5 kaki. Aku beli pagar hijau lagi murah daripada pagar tak bersalut, mungkin harga besi yang semakin mahal. Aku beli lebih 10 gulung pagar 40 kaki panjang setinggi 5 kaki dengan harga rm116 segulung, yang lain beli 2nd. Ada juga aku dapat pagar baru harga rm70 segulung, ada kawan2 yang baik hati. Terima kasih.



Akhir sekali aku nak cerita sikit tentang MAHA 2008. Aku 'respect' dengan penganjur, orang jawa kata gren abis..aku tak sempat pegi lama sebab sibuk siapkan projek aku. Sempat pergi beberapa jam sahaja tu pun sampai dah 6 petang sampai diorang tutup. Sempat juga pergi bahagian penternakan tetapi tak sempat nak daftar PPKM, booth Boerbest macam ada orang tetapi dah malam..abang aku beria-ia nak tengok bahagian jentera pertanian tetapi tak sempat.
Berapa banyak tapi daa...itu ajala tentang MAHA2008, dah ramai orang cerita.



Yang aku dukung tu anak perempuan aku Maryam Jamilah yang tak segan-segan masuk ke dalam kandang kambing nak tengok dari dekat kambing abi nya. Siap tutup pintu lepas dah masuk..memang anak abi...mmmuuah!!!

Hingga ketemu lagi...assalamualaikum...

Perkembangan terkini..

Salam sejahtera,
Semoga Allah memberkati kalian semua. Hari ini banyak perkara yang ingin aku perkatakan. Antaranya tentang MAHA 2008, perkembangan terkini kandang fasa 2 dan macam-macam lagi.

Ok yang pertama aku nak tunjukkan gambar anak kambing kelahiran ketiga aku yang aku janji nak update bila aku ke Kuantan. Comel sepasang juga aku dapat..yang putih tu jantan manakala yang coklat tu betina..ok layannn (ayat Azli AG).

Yang lagi aku terkejut, berat lahir masing 4.5kg dan 4.8kg. Aku ingatkan kambing boer sahaja yang mempunyai berat lahir yang tinggi, Jamnapari pun boleh tahan juga. Aku tengok anak kambing sulung yang beranak sebulan lepas dah besar semacam. Macam tak percaya membesar begitu cepat, ni yang buat aku semangat nak tambah induk Jamnapari lagi 20 ekor.

2. Aku nak cerita pula pasal kandang fasa 2. Sudah hampir 50% siap. Sekarang tukang sedang pasang kayu lantai 1'x2'..proses paling lambat aku rasa. Kayu yang masih belum dibeli adalah kayu 2'x3' untuk bumbung dan atap zink. Aku jangkakan mungkin sebelum raya paling lewat kandang tu akan siap insyaAllah..Bila aku tengok rangka kandang hari tu rasa terkejut juga sebab tak sangka dapat buat sebesar itu, alhamdulillah. Tahniah aku ucapkan kepada Zulkifly (pengurus merangkap adik ipar aku) yang telah menjayakan projek ini sehingga ke tahap ini.



Mungkin rakan-rakan penternak senior rasa aku terlalu cepat bergerak sedangkan aku baru 2 bulan menjalankan projek ini. Alasan aku adalah loan yang aku buat tu perlu dibayar setiap bulan maka inilah caranya dengan membiakkan ternakan aku seramai mungkin. Doakan aku berjaya!

Friday, August 8, 2008

Kelahiran ketiga..

Salam,
Semalam adik ipar aku telefon yang induk betina yang ketiga beranak kembar jam 9 pagi hari khamis 7/8/2008. Alhamdulillah..bertambah rezeki Allah bagi. Lepas ni kena buat kenduri kesyukuran nampaknya. Gambarnya nanti aku turun Kuantan baru boleh masukkan dalam blog ni.
Gembira tak terkata tambahan pula dapat berita gembira yang JPH Pahang akan beri bantuan kambing Boer sebanyak 20 ekor sekiranya aku dapat menyediakan rumput Napier yang mencukupi sebanyak 2 ekar untuk kambing yang bakal masuk..
Nanti aku update kelahiran terbaru ini dengan gambar dia sekali ok...

Monday, August 4, 2008

Kelahiran kedua..



Salam,
Aku ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua. Kambingku beranak lagi!!! Alhamdulillah syukur..maknanya ada lagi 3 ekor induk yang belum beranak. Yang dua tu memang bunting tunggu masa je, cuma ada seekor lagi aku tak pasti bunting ke tidak. Anak yang baru lahir tu mungkin bapanya jenis Anglo sebab warna dia coklat hitam.

Nampak gaya kena tambah induk untuk pejantan aku...mana taknya kalau semua dah bunting, tambahan pula pejantan aku dah lama tak digunakan semasa di U Keng. Apapun, syukur alhamdulillah.