Monday, August 25, 2008

Perkembangan terkini..

Salam sejahtera,
Semoga Allah memberkati kalian semua. Hari ini banyak perkara yang ingin aku perkatakan. Antaranya tentang MAHA 2008, perkembangan terkini kandang fasa 2 dan macam-macam lagi.

Ok yang pertama aku nak tunjukkan gambar anak kambing kelahiran ketiga aku yang aku janji nak update bila aku ke Kuantan. Comel sepasang juga aku dapat..yang putih tu jantan manakala yang coklat tu betina..ok layannn (ayat Azli AG).

Yang lagi aku terkejut, berat lahir masing 4.5kg dan 4.8kg. Aku ingatkan kambing boer sahaja yang mempunyai berat lahir yang tinggi, Jamnapari pun boleh tahan juga. Aku tengok anak kambing sulung yang beranak sebulan lepas dah besar semacam. Macam tak percaya membesar begitu cepat, ni yang buat aku semangat nak tambah induk Jamnapari lagi 20 ekor.

2. Aku nak cerita pula pasal kandang fasa 2. Sudah hampir 50% siap. Sekarang tukang sedang pasang kayu lantai 1'x2'..proses paling lambat aku rasa. Kayu yang masih belum dibeli adalah kayu 2'x3' untuk bumbung dan atap zink. Aku jangkakan mungkin sebelum raya paling lewat kandang tu akan siap insyaAllah..Bila aku tengok rangka kandang hari tu rasa terkejut juga sebab tak sangka dapat buat sebesar itu, alhamdulillah. Tahniah aku ucapkan kepada Zulkifly (pengurus merangkap adik ipar aku) yang telah menjayakan projek ini sehingga ke tahap ini.



Mungkin rakan-rakan penternak senior rasa aku terlalu cepat bergerak sedangkan aku baru 2 bulan menjalankan projek ini. Alasan aku adalah loan yang aku buat tu perlu dibayar setiap bulan maka inilah caranya dengan membiakkan ternakan aku seramai mungkin. Doakan aku berjaya!

No comments: