Tuesday, September 9, 2008

New Batch of Jamnapari..

Salam,

Pada jam 8.00 pagi tadi ZZ Sunnah Farming menerima 'batch ke-2 kambing Jamnapari sebanyak 20 ekor daripada U Keng Farming. Semuanya kambing betina untuk pejantan aku 'Abang'. Itu nama yang tukang aku berikan, aku pun rasa ok juga nama tu sebab tukang aku Zamri memang baik dengan pejantan aku walaupun pernah kena sondol.


Berasak-asak dalam kandang lama

Selepas ini aku akan cari pembekal lain yang sama kualiti dengan U Keng, dengarnya ada di sekitar negeri Pahang. Aku mementingkan kualiti dan standard yang tinggi untuk membiakkan kambing Jamnapari aku walaupun ramai pembekal Bumiputera yang ada tapi kebanyakannya kandang kurang bersih dan kambing kurang sihat. Antaranya mempunyai doktor veterinar sendiri, kebersihan kandang tahap tinggi, kesihatan kambing terjamin dan baka yang cantik. Inilah visi aku dalam penternakan kambing ini.


Kambing tengah melahap rumput Napier

Rancangan aku seterusnya adalah memasukkan kambing kampung, kambing feral, koplo dan jawarandu jantan untuk tujuan aqiqah dan qurban sebab permintaan agak tinggi di Kuantan atau Pantai Timur. Anggaran aku dalam 30 ekor. Lepas itu nak cari beberapa pasang kambing jenis lain seperti Saanen, Toggenburg, British Alpine dan Anglo Nubian untuk tujuan penyelidikan & pembangunan kambing susu.

Seterusnya aku akan memulakan fasa 2 iaitu penternakan kambing boer sebanyak 100 ekor. Semoga impian aku akan tercapai dengan doa rakan-rakan. InsyaAllah amin..

No comments: