Thursday, October 23, 2008

Lawatan ke Casserose Pontian..

Salam,

Petang semalam aku ke kandang Casserose Pontian untuk bertemu dengan Rie (Marketing Director) Casserose yang turun dari Shah Alam bersama-sama bosnya dan pelabur. Kandang ini terletak di Kg.Sg Naga Laut, Api-Api, Pontian.


Papan tanda masuk(masih yang lama)



Pintu masuk ke kandang (Rie dengan anak
buah aku)

Tujuan aku ke sana adalah untuk meninjau harga beberapa ekor anak kambing Boer Brownhead untuk diternak di kebun Pak Mentua aku. Nak beli yang dah besar tak mampu, aku nak belajar bela anak Boer dulu..comel. Aku sudah datang sebelum ini tetapi tiada sesiapa berani buat keputusan tentang harga. Kebetulan Rie turun aku pun ambil peluang tersebut berjumpa dengannya.

Kandang no.3

Hasil perbualan aku dengannya, Rie memang arif tentang kambing. Banyak input tentang pemasaran aku belajar dengannya. Aku harap dia dapat bagi harga yang murah untuk aku yang baru nak belajar ini.

Kambing baru tiba dari Australia

Aku nak ambil kayu crate yang ditinggalkan untuk buat kandang mini kat kebun belakang rumah pak mertua aku tapi bos baru dia nak jual juga. Padahal yang dulu aku tengok dah reput macam tu sahaja. Jadi kenalah bayar sikit, biasalah adat orang berniaga.


Aku dan Rie (macam gaya Prof je..)

Aku ucapkan semoga Rie akan bertambah sukses dalam arena perkambingan ini, sayang nanti orang macam dia terjun ke bidang lain pulak.


3 comments:

Brahim Nyior said...

Keep going bro, jangan patah semangat. Teruskan.

Anonymous said...

hohohoh, kita terbalik la bro. aku dari johor, merantau ke dungun.
jual kepek tu part-time je. full time aku mengajo....
change link yok!

Rie said...

salam,

Mintak maaf banyak2 lah pasal crete tu... apa2 hal trima kasih sbb sudi berurusan dengan saya.

jangan patah semangat bang. cabaran datang macam2 cara....

hehehe.. nasihat kat diri saya sendiri jugak nih.