Wednesday, July 23, 2008

Rakan kongsi..


Salam, bertemu lagi.

Hari ini aku ingin menulis tentang rakan kongsi perniagaan. Nurizan adalah rakan kongsi aku, insyaAllah dia akan melabur 100k untuk projek fasa 2 ni. Dia ni macam2 bisnes dah buat tapi banyak yang lingkup, akhirnya aku berjaya meyakinkan dia tentang projek kambing ni.

Projek kandang fasa 2 belum dapat dimulakan sebab aku tak sempat nak ke Kuantan untuk berbincang dengan tukang tentang harga upah. Kayu pun ada sikit lagi nak kena beli. Aku dengan Nurizan tengah tunggu penyerahan duit loan, beberapa kali tertangguh kerana masalah teknikal.

Plan seterusnya aku nak kena buat silaj napier sebelum kambing masuk. Aku target awal Ogos. Silaj tu kena buat sebab aku lum cukup bekalan Napier sendiri macam aku cerita dulu. Jadi kena beli banyak dari penternak untuk jimatkan kos transport. Nak bagi tahan lama rumput tu apalagi silaj la..

No comments: