Friday, July 11, 2008

Pembesaran kandang..


Salam sejahtera,

Bertemu lagi dalam coretan terbaru aku. Sekarang ni aku sedang plan untuk membesarkan kandang sebab bulan depan aku akan mula fasa 2 iaitu menternak 100 ekor kambing boer. Ada 6 company dah hantar quotation dan aku dah pilih yang terbaik, termurah dan paling sesuai dengan plan aku..kepada pembekal yang tidak terpilih thanks for ur support.

Tapi aku perlu selesaikan satu masalah iaitu kekurangan rumput Napier. Aku dah tanam 2 ekar tapi kecik lagi. Orang JPH datang tadi dia bising sebab aku hanya bagi makan daun sawit dengan pelet je. X cukup katanya. Aku pun tak faham, ada orang kata daun sawit ok. Apapun dalam belanjawan bulanan aku kena tambah rumput Napier dari penternak sekitar Kuantan. Hubungi aku zaki.hassin@yahoo.com.my sekiranya tuan boleh bekalkan rumput.

Loan aku dah lulus, lepas ni buat pagar untuk kandang dan ladang napier. Kalau tidak kerbau sebat anak napier tu. Kayu untuk kandang dah hampir lengkap cuma ada beberapa jenis yang perlu dicari. Doa kawan-kawan penternak diperlukan supaya aku berjaya...Amin. Jumpa lagi.

No comments: