Friday, July 25, 2008

Lifelong learning..


Salam,

Dalam kesibukan aku menjalankan projek kambing ini, aku hendak berkongsi tentang falsafah "Belajar sepanjang hayat". Semua penternak kambing bersetuju mungkin dengan pendapat aku bahawa ilmu menternak kambing perlu dipelajari lagi dan lagi..semakin banyak kita tahu, masih banyak yang kita tak tahu.

Jadi tidak hairanlah kalau kita lihat penternak kambing yang begitu "humble" walaupun mereka dah menjalankan projek mereka bertahun-tahun lamanya. Itulah keistimewaan penternakan kambing...ukhuwah sesama penternak dan sifat merendah diri di kalangan penternak menjadikan bidang ini pilihan aku.

Walau bagaimanapun aku telah menyahut cabaran diri aku untuk jadi pensyarah, maka aku nak maklumkan aku sekarang sedang sambung master degree kat UTM Skudai dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada masa yang sama, aku ingin menjadikan penternakan kambing berjaya...amin.

No comments: