Thursday, December 31, 2009

Peserta Contract Farming pertama..

Salam,

Alhamdulillah..baru-baru ini kami telah menerima dua orang peserta yang berminat iaitu En. Salihi dan En.Syamsul. Kedua-duanya bertugas di UIAM Kampus Kuantan. Kami bersedia menjaga kambing untuk mereka memandangkan kandang kami masih banyak kekosongan. Kedua-dua mereka juga sangat berminat untuk membela kambing tetapi belum berkesempatan berbuat secara serius. Maka kami sangat berbesar hati memberikan mereka peluang belajar bela kambing hehehe...terima kasih juga memberikan kami peluang menjadi pelaksana. Kedua-dua induk Purebred dibeli dari SGI Farm, Melaka.

No comments: