Saturday, November 24, 2012

MAHA 2012

Salam,

Mulai 23hb November hingga 2 Disember akan berlangsung sekali lagi MAHA 2012. Aku tidak dapat pergi MAHA 2010 sebab tidak berkesempatan. Insya Allah aku akan ke sana pada tahun ini dengan niat mencari baka kambing Boer jantan yang baru bagi menggantikan pejantan aku yang sakit CLA. Kalau dapat cari vaksin CLA pun bagus juga manalah tau boleh sembuh.

Pada minggu lepas aku pergi ronda-ronda kandang kawan-kawan lama seperti DBaraqah Farm Sanglang malangnya sudah tidak beroperasi lagi. Niat di hati hendak cari pejantan Boer kalau mereka ada stok. Khabarnya sudah pindah operasi di Batu Pahat. Kesian penternak kambing..

Harap-harap di MAHA 2012 aku dapat cari baka Boer Jantan yang murah dan bertenaga!

3 comments:

Mazni Azmi said...

Sekarang ni zaman keemasan pembiak kambing. Insyaallah akan menyinar kembali industri yang dimalapkan ini oleh gelombang kedua pembiak berilmu. Amin

naxz said...

CLA dh ada vaksin dia,nama dia GLANVAC 6, harga rm250. saya beli dari glovet.saya dh beli sebb kambing saya penah kene cla. kalo ikut JPV, kambing kene CLA mmg kene takai (sembelih) tapi saya xbuat sebb induk jantan yg kene.skrg kambing tu dh xkene CLA lagi dh.FYI, CLA ni bukan sebb gen, dia tumbuh kat bawah kulit aje. So kalo kambing dah kene CLA, kita kene bedah buang nanah dia, bersihkan dengan HIdrogen Peroksida sampai bersih. Pastu kuarantin kambing tu smpai luka kering.

NORMAN BIN ABD RAHMAN said...

Fairul.....In Shaa Allah, kita jgn mengalah. Teruskan perjuangan penternakan yg kita ada. Bagi kami di SGI Farm, istilah mengalah tu kami buang jauh krn nampak potensi yg ada. Cuma kita perlulah lebih fokus dan teratur didlm bidang ini.

Naxz....betul apa yg saudara kata. Bagi JPV senang je, ialah bukan duit mrk. Boleh berikan no contact glovet tak?