Friday, September 7, 2012

Cabaran lagi..versi Terengganu

Salam,

Tahun ini aku menerima satu lagi cabaran iaitu tanah tempat aku bela kambing kampung di Seberang Takir akan diambil alih kerajaan untuk projek pembinaan jambatan dan hotel sepertimana yang mereka buat di Pulau Duyung (tempat berlangsung Monsun Cup tu..). 

Notis pengosongan bermula bulan September telah dikeluarkan. Yang peliknya notis itu hanya diserahkan kepada rumah aku dan jiran sebelah sahaja. Pengusaha-pengusaha ikan masin yang sepanjang 1 km yang hanya 10 meter sahaja dari rumah aku tidak pula diberi dengan alasan mereka akan menaik taraf kawasan itu..

Sebenarnya tapak kandang itu adalah bekas rumah keluarga aku di mana disitulah kami membesar. Tiada geran kerana ia memang milik kerajaan....ah! malaslah nak fikir tapi biarlah tindakan mereka tidak mengabaikan nasib orang Melayu. Sebab bila cerita pasal projek sudah tentu orang Cina yang akan dapat dahulu sebagaimana berlaku kepada Pulau Duyung..

Dataran Shahbandar dilihat dari Puncak Bukit Puteri...seberang sungai tulah Seberang Takir.

Sekarang ini, aku dan abangku sedang rancang untuk pindahkan kambing kampung sebanyak 13 ekor pelbagai kategori umur dan jantina ke kandang Johor Jaya sebab kandang Kuantan sudah tiada kambing lagi dibela...aku akan cerita dalam post seterusnya. Cuma masalahnya aku perlu buat kandang tambahan sebab kambing yang nak dipindahkan ni spesies lain hehe..kat kampung dah tiada tempat nak bela. Abang aku pun dah sibuk sejak kawin jadi dia setuju aku bela kat Johor Jaya. Tinggal aku je yang masih bersemangat..

3 comments:

Feral KK said...

Seberang Takir area mana cikgu..selalu gi seberang takir masa berkerja di Chalok Barat,beli kopok lekor di selekoh Bukit Tok Beng,mmg sedap kopok dia..rasanya terbaik setakat ni smpai kena amik nombor giliran.perghhhh..

Unknown said...

Dekat la ngan rumah saya tu..keropok tu memang paling sedap setakat hidup saya ni yang selalu mkn keropok lekor tetapi sos dia ada yg lg best..

Feral KK said...

kepok lekor BTB mmg powerr..selalu beli RM100 bwk balik kampung,orang blakang barisan menjeling semacam sbb beli byk sgt.haha..Sos ada lg best ke cikgu?kt mana tu?kena cari nnti tu..

selalu gi rumah kwan dkat sblh kubur..rmah btul2 dpn jmbtan ke pulau kt tngah tu..