Wednesday, September 12, 2012

Veterinar oh veterinar...

Salam,

Semalam aku hubungi pejabat veterinar untuk suntikan vaksin penyakit CLA yang dialami oleh kambing aku. Stok vaksin tak ada pulak..dah expired, sudahnya diorang suruh aku beli vaksin tu HTPVEC (lebih kurang gitula namanya sebab catat dari panggilan telefon) yang harganya RM200++.

Masalahnya CLA ini adalah wabak yang perlu dikawal oleh mereka, kalau sakit biasa bolehlah aku beli ubat-ubat yang patut. Kata mereka kalau nak suntik aku kena bayar harga vaksin tu. Patut tak korang rasa?

Tak membantu langsung veterinar Malaysia ni..minta datang pun pelbagai alasan diberi. Kalau kandang besar laju je...

2 comments:

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth tuan,

kasihan kakitangan awam yang macam ni ya. Nak di buang susah. Kerja malas pun dapat gaji. Memang mimpi ngeri dapat orang macam ni. Memang patut kita susah nak maju

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website said...

assalamualaikum.

tak boleh nak harap dah kat JPV Malaysia ni. macam tutt... haha