Friday, September 7, 2012

Kisah Kambing di Kuantan..

Salam,

Kandang kambing di Kuantan sudah berhenti beroperasi buat sementara waktu. Antara sebab-sebabnya..

1. Penjaga kandang - adik ipar aku Zul sudah tak mampu nak jaga sejak kemalangan jalan raya di kaki.

2. Bekalan air dan elektrik - sejak Kedai Makan Pok Jak berpindah lokasi kami kehilangan bekalan kerana ianya disewa daripada mereka. Sukar beroperasi tanpa dua benda alah ni..

3. Peserta kontrak farming - 40 ekor kambing kampung cross  milik peserta kontrak En.Salihi manakala bakinya 10 ekor milik kami setelah semua Jamnapari kami dijual. Sekarang dia dah buka kandang sendiri di Kelantan jadi semua sudah pindahlah..

4. Ancaman haiwan liar - oleh kerana kandang menjadi sunyi maka serangan anjing liar yang menceroboh kandang berlaku menyebabkan beberapa ekor mati. Bakinya telah dijual kerana penjaga mengalami 'depression' akibat banyak sangat dugaan hehe..

Makanya tiada lagi kambing di Kuantan adik aku cakap tak nak bela lagi..dia nak buat trading je sebab orang masih mencari kambing untuk sembelihan.

Orang-orang kampung mula mencemuh kami..tak apa biarkan mereka melihat sebab hati manusia memang suka lihat orang jatuh. I.allah dengan bantuan Felda, kambing-kambing sembelih akan dibawa masuk selepas ini..

6 comments:

Feral KK said...

Assalamualaikum Cikgu Zaki,

Semuga dpt mneruskan usaha perkambingan.FELDA ada bagi bantuan ka untuk penternakan kambing nih?...

Fairul said...

Orang kampung memang tak suka tengok orang lain senang (walaupun bukan semua)

Sekarang ni entah kenapa, ramai pula orang bina kandang sebelah kandang kami untuk kambing. Pergghhh.. Aku tak takut persaingan tapi nampak macam nak lawan je diorang ni.

Kalau buka kedai makan laku, sah orang lain akan buka sebalah. Tak sangka kandang kambing pun sama. Tapi bela kambign ni banyak dugaannya, tak de ilmu senang mati, Belum apa2 dah mati seekor.

Hmm..

shadegiven sunnahfarming said...

Wsalam Feral KK..(tak tau nama daa.)

Felda nak bagi bantuan katanya tetapi dalam perbincangan dengan orang dia. Tak kisahlah janji kandang tu x terbiar.

shadegiven sunnahfarming said...

Fairul..tahniah! Bagusla tu kalau orang bina sebelah kandang kita. Dia tau kita bagus hehe...takpe kena tambah pemasaran baru.

Feral KK said...

nama saya Isal cikgu..sy mnternak di Felda Keratong 2,dkat dgn Bahau dah tp area Pahang lg.FELDA rasanya tak ada pulak skim bantuan untuk menternak kambing..tapi kalu ada yang terbaru tak tahula pulak..skarang menternak modal sndiri je cikgu,tambah sikit2..tak berani nak buat pnjaman utk mntrnak nih,biar sikit2 tak pe dah.belajar pelan-pelan...hehe

NaTuRaL HeRBs said...

Saya baru nk blajor plihara Kambing.
Nak ternak Kambing Susu. Baka Susu nape hak molek piara.. Di mana nk dpt baka tu.
Brapa kos sekor hok umur 6 bulan ke bwh.