Tuesday, June 9, 2009

Saingan perniagaan..

Salam,

Tidak sampai 1km dari kandang aku terdapat satu signboard baru yang agak mahal aku rasa telah didirikan. Apabila aku berhenti dan baca, ia menunjukkan sebuah perniagaan penternakan akan dibangunkan di situ.

sigboard baru didirikan..

Sebenarnya kandang tu dah lama. Dibina di celah pokok-pokok sawit, 30-40 ekor lebih kurang kambingnya..sekarang pemilik dia dah nak buat besar-besaran tapi masih di celah-celah lorong antara pokok sawit. Dengar-dengar dia nak bawa masuk 400 ekor kambing..wow!


Semoga menjadi persaingan yang sihat..

Aku harap aku boleh ambil kambing dengan dia je, tak payah beli jauh-jauh untuk menjimatkan kos pengangkutan. Rezeki di tangan Allah..ingat tu!

1 comment:

Brahimnyior said...

Persaingan sihat membawa kebaikan kepada pengusaha, asal tidak berdengki-dengkian.

Aku doakan berjaya.