Wednesday, December 31, 2008

Unpublished Sunnahfarming Does & Bucks 2008..

Salam,

Post kali ini aku hanya nak tunjukkan kambing-kambing yang tak sempat aku paparkan sebelum ini..layannn.


Anak kambing jantan kelahiran ke-5, tunggal. Umur nak masuk 3 bulan.


Anak kambing betina kelahiran ke-6, kembar jantan mati dalam perut..Umur nak masuk 3 bulan juga.


Kembar betina anak kelahiran ke-13, umur baru 4 minggu.


Kembar jantan kelahiran ke-12, hidup sehari sahaja..ibu no problem


Kembar jantan betina kelahiran ke-10, umur hampir 2 bulan.


Anak kambing betina kelahiran ke-7, tunggal. Umur 2 bulan.



Anak kambing jantan tunggal kelahiran ke-9, umur hampir 2 bulan


Inilah buah hati aku...pengubat kedukaan. Anak-anak jantan akan dijual sekiranya ada yang berminat...



Perkembangan terkini..

Salam,

Berikut adalah inventori ternakan bagi akhir tahun 2008.

Kehidupan
Pejantan - 1 ekor
Induk - 21 ekor
Dara - 1 ekor
Anak jantan - 6 ekor
Anak betina - 7 ekor
Jumlah - 36 ekor

Kematian
Induk - 3 ekor
Anak jantan - 6 ekor
Anak betina - 7 ekor
Jumlah - 16 ekor

Jika dilihat daripada inventori 2008 menunjukkan kadar kematian kambing aku sangat tinggi. Setelah kajian dijalankan, beberapa faktor telah dikenalpasti iaitu:

Faktor
1. Makanan - jumlah makanan yang diberi tidak tepat mengikut keperluan kambing. Akibatnya ibu kambing tidak mendapat zat yang mencukupi untuk anak kambing. Tindakan yang aku ambil adalah menambah dedak PKC dalam menu. Alhamdulillah kambing nampak lebih gemuk dan sihat..lori pun dah ada untuk kutip pelepah sawit.

2. Pekerja - tiada pembantu dalam pengurusan kandang menjadi punca banyak kematian anak kambing semasa lahir. Ini kerana adik aku terpaksa mencari rumput di tempat yang agak jauh dari kandang. Aku perlukan seseorang yang akan berada di kandang setiap masa. Aku merancang mengupah orang Indonesia, orang sendiri memilih.

3. Kandang - persekitaran kandang agak sejuk di waktu malam walaupun pada musim panas. Ini menjadi punca anak kambing tidak dapat bertahan, terutama jika jenis ibu kambing yang tidak suka anak. Masalah ini sedang diselesaikan dengan cara memasang unggun api di bawah kandang dan mempertingkatkan cara menjaga anak kambing secara intensif. Buat masa ini sedang dalam pelaksanaan...kita tunggu hasilnya.

Aminnnn..ya robbal 'alamin.

Mengorak langkah..

Salam,

Semasa cuti sekolah baru-baru ini, aku telah berbincang dengan adik aku tentang masalah yang beliau hadapi semasa menjaga kambing kami. Aku dapati masalah rumput amat kritikal kerana rumput yang kami tanam tidak menjadi kerana tanah paya terlalu berair.

Akibatnya rumput perlu dicari jauh dari kandang, kos minyak meningkat, kambing kurang perhatian dan macam-macam lagi kesan lain. Aku buat keputusan untuk cari sebuah lori 1 tan dan pekerja pembantu serta menggali parit untuk tapak napier. Alhamdulillah..lori akhirnya dibeli dengan harga RM8200 dari seorang pemborong pisang di Terengganu. Longkang besar digali untuk alirkan air keluar menggunakan excavator @ jengkaut dengan bayaran RM1400 untuk tempoh sehari. Pekerja sahaja tak dapat cari..



Inilah lori yang aku beli...Toyota Hiace tahun 82, mahal sikit dari harga pasaran tapi aku tak perlu keluarkan belanja membaikpulih, terus pakai je. Bolehlah angkut daun sawit dan rumput dengan banyak.







Ini pula parit besar yang digali untuk tapak Napier, anak saudara aku siap mandi lagi
.
Masa itu air banyak sebab musim hujan..air jernih dan sejuk.



Tapak tanaman Napier 2 ekar sebelah kiri siap pagar dan longkang..


Ini pula tapak bahagian tengah, nampak tak kolam takungan untuk air siraman rumput?


Ini pula tapak sebelah kanan..selepas ini JCB akan ratakan tanah tapi kena tunggu musim kering dulu.

Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Salam Maal Hijrah..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 1430H dan tahun baru 2009M kepada semua pembaca blog aku yang setia dan sering mengikuti perkembangan sunnahfarming...terima kasih semua.

Tahun 1429H/2008M banyak meninggalkan kenangan pahit agaknya sebab banyak kisah dalam blog aku cerita sedih tapi aku anggap ini semua pelajaran untuk kami berdua...(aku dan adik aku).
Blog inilah diari penternakan sunnahfarming..aku tak malu bercerita supaya orang lain jadikan pengajaran..sampai Cikgu Izzuddin (www.brahimnyior.blogspot.com) kata asyik cerita sedih aja hehe...

Azam aku tahun baru ini..aku akan teruskan belajar menternak kambing sehingga berjaya..
sebagai penyeri coretan aku kali ini, aku paparkan gambar terkini kandang aku.


Pandangan dari dalam..tinggal lagi 20 kaki belum pasang lantai dan dinding



Pandangan dari arah hadapan


Pandangan dari arah sisi..besar giler terkejut aku!


Pandangan dari arah hadapan

Sunday, December 28, 2008

Kelahiran keenam belas..

Salam, kisah kedua..

Pada 22 Disember aku menerima lagi satu lagi kelahiran iaitu kembar 3. Anak yang pertama selamat lahir jantan, selang setengah jam lahir seekor lagi betina secara songsang tetapi mati kerana kepalanya lekat. Selepas itu keluar lagi seekor betina.

Hati aku dah gembira kerana ini kelahiran kembar 3 yang kedua, tetapi kegembiraan itu hanya sementara apabila keesokannya kedua-dua anak itu tiba-tiba jadi lemah selepas sihat dan mampu berdiri sebelumnya...dan akhirnya mati. Sedih juga tapi nak buat macamana, dah takdir.

Aku dan adik aku bermuhasabah..pertama ibu ini pun jenis tak sayang anak juga, dia tak menyusu asyik mengelak menyebabkan anak tu kelaparan dan hilang tenaga. Susu tepung bantuan telah diberi tetapi tak mampu menyelamatkan kedua-duanya.. yang kedua kemungkinan cuaca sejuk di kawasan kandang aku. Sekarang musim hujan.

Aku berharap rakan2 penternak yang berpengalaman dapat bagi tips untuk mengatasi masalah ini...aku dah consult Azli AG dan akan cuba guna tips yang dia bagi.



Ini dia ibu kambing tak sayang anak..

Kelahiran kelima belas..

Salam...

Lama tak bersua, maaf kepada semua pembaca blog aku kerana aku pergi keluar dakwah selama 2 minggu, menunaikan perintah Allah juga ini.

Banyak yang aku ingin kongsikan dengan anda semua..yang pertama tentang kelahiran kembar dua sepasang kambing aku pada 17hb Disember. Salah seekor mati lemas selepas dilahirkan kerana ibunya tidak jilat masa lahir..masa tu adik aku tiada di kandang kerana pergi cari rumput.

Ibu kambing yang tak sayang anak..

Manakala seekor lagi mati 2 hari kemudian kerana kekurangan susu. Kebanyakan ibu kambing yang melahirkan anak akhir-akhir ini tak berapa sayang anak dia..susu tak nak bagi, geram aku. Adik aku dah bantu dengan susu tepung khas untuk kambing tapi mati juga...sayang sebab anak dia cantik macam ibu dia...korang boleh tengok gambar ibu dia je.



Saturday, December 6, 2008

Kematian induk ketiga..

Salam,

Seperti yang kujangka, ibu kambing tersebut mulai tenat dan sudah berhenti makan. Sebelum melahirkan anak, ia cukup berselera makan. Mungkin untuk pastikan anaknya sihat.

Tepat jam 6 ptg semalam, ibu kambing tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana mengalami jangkitan kuman pada peranakannya. Peranakannya beberapa kali terkeluar walaupun telah dimasukkan semula ke tempatnya. JPH menolak untuk melakukan pembedahan, yelah siapalah kita ni penternak kecil..

Banyak betul dugaan tetapi aku merasa semakin kuat menghadapi ujian ini. Tidak seperti sebelum ini, kadang-kadang rasa lemah juga.

Aku dapati pengurusan kambing aku perlu diperbaiki, sistem pemakanan perlu diperkemaskan dan adik aku perlu dibantu oleh seseorang. Oleh sebab itu, aku akan cari seorang pembantu dan sebuah lori. InsyaAllah masalah aku akan selesai...

Kelahiran keempat belas..

Alhamdulillah, pada 30 November yang lalu seekor lagi ibu kambing melahirkan anak kembar 2 sepasang. Yang ajaibnya ibu kambing tersebut telah 2 minggu tidak dapat bangun kerana kaki belakangnya lemah. Aku tak tahu puncanya. Doktor haiwan JPH juga tidak mampu memberikan jawapannya.

Kedua-dua anaknya sihat walafiat...malangnya salah seekor daripada anak kambing tersebut meninggal pada 3 Disember. Mungkin kembung sebab tiada tanda-tanda yang lain. Adik aku terpaksa berikan susu botol untuk biasakan anak kambing tu. Ibunya aku jangka tidak dapat hidup lama kerana ia mengalami sejenis penyakit seperti buasir selepas melahirkan anak tersebut. Peranakan kambing tersebut telah terkeluar dari tempatnya. Tiada jalan lain kecuali pembedahan sahaja boleh menyelamatkan kambing tersebut.