Saturday, September 20, 2008

Rezeki di tangan Allah..

Salam,

Buat pertama kalinya, Sunnah Farming kehilangan anak hidup yang pertama apabila anak kambing jantan kembar 3 yang dilahirkan baru-baru ini mati pada jam 11 pagi tadi akibat tertindih dengan ibunya.

Pada hari sebelumnya, anak kambing tersebut telah tertindih ibunya sehingga kaki belakangnya tidak mampu diangkat. Setelah diberi rawatan oleh adik aku, petang semalam dah boleh bangun. Namun dek kerana sikap ibunya yang kurang menyayangi anaknya menyebabkan perkara tersebut berulang lagi. Pada mulanya kami telah memisahkan anak-anak tersebut dengan ibunya tetapi menangis pulak ibunya kerana terpisah...jadi kami masukkan semula ke kandang ibu.

Aku tak salahkan ibunya kerana ibunya memang sakit, tak mahu makan lepas itu tinja cair. Setelah mendapatkan nasihat pakar, adik aku suntik Betamox LA dan bagi minum Molasses sebanyak sesudu dengan segelas air. Petang semalam dah ok tapi umur anak kambing tak panjang...

Suatu pengalaman berharga untuk kami, sebelum ini baca buku sekarang alami sendiri cabaran-cabaran dalam penternakan kambing. Semoga Allah akan mengurniakan ganjaran yang lebih baik lantaran ujianNya ini..

1 comment:

Nizam Agro Farm said...

Salam Tuan, setiap yg berlaku itu ada hikmahnya. Nizam Agro Farm jg pernah berlaku kematian anak kambing setelah beberapai hari dilahirkan. Ini semua dugaan.