Tuesday, November 1, 2011

Mekanisasi ladang..

Salam,

Mekanisasi ladang adalah berkenaan dengan penggunaan jentera atau mesin yang untuk kerja-kerja perladangan atau pertanian. Ia telah lama dipraktikkan di negara-negara pertanian yang maju seperti di Amerika Syarikat atau Eropah. Kat sana murah sebab diorang buat sendiri jentera tetapi kita di Malaysia terpaksa import..jadi masih belum ramai yang mampu memilikinya.

 Pelbagai jenis mekanisasi ladang pertanian...

Oleh kerana aku bekerja 'one man show', terpaksalah aku mengharapkan bantuan jentera-jentera untuk memudahkan kerja-kerja aku menternak kambing ini. Seperti post aku yang lalu, aku telah membeli traktor untuk kerja membajak tanah bagi tujuan menanam jagung. Aku juga telah membeli mesin mini mixer untuk membancuh makanan kambing dan juga mesin chopper untuk mencincang rumput..


Mesin mini mixer HISAKI 2.5HP
 Setakat ini, mesin-mesin telah banyak membantu aku tetapi biasalah banyak juga modal yang perlu dikeluarkan. Jadi penternak-penternak baru pastikan mesin-mesin ini disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan penternakan...tq



 Gaya aku mengendalikan traktor...amacam?

5 comments:

UMMBARAQAH said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Berbaloi ke beli jentera ni tuan? :)

Kos penyelenggaraan macam mana pula?

Unknown said...

wsalam tuan, setakat ni kerja jadi mudah. Kambing lebih gemuk sebab makanan dibancuh dengan baik. Kos penyelenggaraan cuma minyak gear dan gris..servis buat sendiri.

UMMBARAQAH said...

Wah, begitu. Alhamdulillah pandai betulkan mesin sendiri memang memudahkan dan menjimatkan kos. Selamat berjaya

UMMBARAQAH said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

saya tengok kambing tuan dikandang bersih2 belaka. Dimandikan secara kerap ke? Saya risau nak mandikan kambing takut kembung.'

Boleh kongsikan sedikit bagaimana tuan menjaga bulu dan kebersihan kambing. Tq

Unknown said...

Alhamdulillah, sy bagi mkn garam kasar tabur ats makanan 2x seminggu. Mandi x slalu jga..siram je msa time panas dalam sebulan sekali...bulu jd bersih dan berkilat.