Saturday, December 11, 2010

Fasa 1 Transformasi Penternakan..

Salam,

Alhamdulillah, dah cuti sekolah ini dapatlah aku turun ke Kuantan melihat keadaan kandang kambing aku. Fuhh..penat sungguh 2 hari aku kat sana. Bersihkan lantai bawah kandang, basuh lantai atas yang penuh dengan najis kambing yang kena cirit birit, bakar sampah pelepah sawit dan macam2 lagi. Rasa macam tak cukup dua hari kat sana..Tujuan aku sebenarnya adalah untuk memindahkan kambing kampung dari kandang Kuantan ke kandang K.Terengganu..tujuannya untuk membaiki kelemahan sedia ada.

3 ekor kambing kampung betina yang masih dara aku sumbat dalam Avanza aku.

Benih rumput pun ada..


kambing kat kandang baru..
 
Aku tak pindahkan semua sebab nak lihat dahulu perkembangan yang aku sedang buat ini. Seronok betul kambing kampung dapat pijak ke tanah. Selepas ini pindahkan kambing Boer ke Johor pulak, di sana sumber makanan hampas soya senang nak cari...doakan aku berjaya ye!!

2 comments:

UMMBARAQAH said...

Syabas tuan. Saya pun kadang-kadang angkat kambing dan rumput pakai myvi saja. Apa nak buat itu je yang ada.

UMMBARAQAH said...

Syabas tuan. Saya pun kadang-kadang angkat kambing dan rumput pakai myvi saja. Apa nak buat itu je yang ada.