Saturday, December 11, 2010

Tapak Napier yang baru..

Salam,
Dalam perjalanan memindahkan kambing dari Kuantan ke K.Terengganu, aku singgah ke tempat baru untuk menanam Napier seluas 2 ekar setengah yang terletak di Kg.Bkt Diman, Ajil, Hulu Terengganu. Tanah bekas sawah itu kepunyaan arwah ayah aku yang sedang dalam proses pecah lot dengan arwah abang dia..
 Tanah dah rata hanya perlu dibajak dan dibuat batas...

 Parit pun sudah digali..air bersih mengalir sesuai untuk siraman

Kat situ nanti aku bercadang untuk menanam Napier yang akan dijual kepada penternak berdekatan atau sesiapa yang nak belilah..kalau tiada orang nak beli, aku bagi kambing aku makan hehe..insyaAllah napier tu aku proses jadi silaj dan jual dalam tong kepada penternak komersil.  Selepas ini, aku perlu pasang pagar lepas tu bajak tanah lepas tu cari benih lepas tu tanam lepas tu siram dan baja lepas tu....wah dengar macam senang je ek? Besar juga belanjanya ni...insyaallah pelan2 kayuh.

No comments: