Sunday, February 15, 2009

Kelahiran ketujuh belas..

Salam sejahtera,

Lama sungguh tak berjumpa dengan rakan-rakan penternak. Biasalah awal tahun persekolahan agak sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang kelahiran anak kambing terbaru sunnahfarming dari induk terakhir 'batch' pertama yang aku beli. Ini bermakna semua induk telah melahirkan anak. Alhamdulillah..

Update: Induk 1st batch yang terakhir melahirkan anak...kedua-duanya jantan.

Jantina belum dikenal pasti. Nanti aku update ok.Dah update pun, gambar kat atas. Berita gembira diteruskan lagi dengan lulusnya Pinjaman TEKUN Nasional yang adik aku buat pada akhir tahun lepas. Kami pohon rm50,000 lulus rm30,000. Syukur alhamdulillah..selepas ini, kambing-kambing untuk akikah akan dimasukkan untuk jualan segera.


Anak kambing kelahiran ke berapa ye? Dah besar...betina belaka.

No comments: