Wednesday, February 25, 2009

Kelahiran kelapan belas..

Salam,

Petang semalam jam 2.00 petang aku menerima panggilan dari adik aku tentang seekor ibu kambing yang telah hampir sejam meneran anak tetapi masih tidak keluar. Aku mendapatkan nasihat pakar dan mereka mengesyorkan aku suntik oxytoccin untuk memudahkan kambing tersebut beranak.

Alhamdulillah, baru telefon nak beritahu adik aku kambing tersebut sudah melahirkan 2 ekor kembar yang agak besar. Warna kuning kemerahan anak-anaknya sebagaimana ibunya.


Kembar jantan selepas lahir..

Gambar biasalah kena turun Kuantan dahulu..alhamdulillah!


Update: Anak jantan tinggal seekor, seekor lagi mati seminggu selepas lahir.

2 comments:

Brahimnyior said...

Tahniah, bertambah lagi 'cucu' mu. Aku doa Boer dan Jamnaparimu tambah sihat.

abumuhaimin said...

Tahniah abg Zaki.. Semoga rezeki bertambah.. Ada keberkatan di sebalik amalan sunnah... -Tarmizi(suami wan noriza) Lahad Datu.