Wednesday, March 18, 2009

Lawatan ke MARDI Kluang

Salam semua,

Semalam aku telah membuat lawatan ke Mardi Kluang untuk tujuan mendapatkan maklumat berkenaan kajian tugasan Master aku. Aku pergi dengan 3 orang rakan sekelas. Kami bertemu dengan pakar pemakanan ruminan Abang Zainal (20 tahun pengalaman) dan En.Rizal (ye ke nama dia ni..lupa lak) penolong penyelia unit penyelidikan kambing.



Abang Zainal dengan anak Dorper umur 3 minggu berat 4kg

Banyak idea baru diperolehi, terutama Mardi sedang membuat kajian tentang biri-biri pedaging jenis Dorper yang diimport dari Afrika Selatan. Baru sebulan di Malaysia...layan jelah gambar-gambar ni..


Bebiri Dorper betina sedang berlari masuk ke kandang selepas meragut sambil dipantau oleh Abg Zainal. Korang nak tau, dijerkahnya bebiri yang salah masuk kandang!


Bebiri Dorper betina sedang dijamu dengan PKC selepas masuk ke kandang


Bebiri Dorper jantan berat antara 50kg hingga 80kg..banyak daging ni!


Kandang moden untuk penyelidikan berharga RM100,000. Ada berani?



Tidak dilupakan segerombolan Boer sedang meragut di padang ragut yang luas macam kat New Zealand aku rasa..kambing Boer sudah habis diselidik. Akan dijual oleh anak syarikat Mardi iaitu MardiTech Sdn Bhd.

Akhir sekali, aku dan rakan sekelas bergambar dengan pakar-pakar MARDI. Yang terselit tu anak buah aku..

1 comment:

Mohd Nasir said...

Insyaallah, saya akan bangunkan kandang komposit yang lebih murah dari apa yang tuan ketahui. program pembangunan ini akan mengambil masa sedikit disebabkan buluh perlu dirawat secara tradisional selama 2bulan sebelum dijemur kering dan dipakai.