Post aku sebelum ini banyak berkisar tentang kandang orang lain tapi tak apa, bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman..
Jadi, sekarang aku ingin bercerita tentang perkembangan sunnahfarming..alhamdulillah, padapertengahan bulan Mac kami telah membeli 20 ekor kambing sembelihan untuk pasaran sekitar Kuantan terdiri daripada 5 ekor Feral dan 15 ekor Boer wether. Seekor sudah terjual...maka tercapailah objektif utama iaitu menjual kambing untuk orang ramai melakukan ibadat aqiqah sebagai galakan mentaati perintah Rasulullah s.a.w.
Feral sedang makan dengan lahap..gambar tanpa kepala adik aku yang snap..
Ini pula stok boer wether..tak sabar aku nak merasa seekor bulan 6 nanti..kami akan adakan kenduri doa selamat sedikit cuti sekolah pertengahan tahun nanti insyaAllah..
Kain rentang telah dipasang di sekitar kandang dan promosi di blog turut dijalankan.Ramai juga pelanggan kami yang ingin beli anak-anak kambing baka Jamnapari Ettawa yang ada tetapi kami tak mampu penuhi kerana stok yang terhad. Kami akan cuba dapatkan stok dari U Keng sebagai gantian.
Kandang pun sudah siap sepenuhnya berlantai dan berdinding. Kambing-kambing semuanya sihat alhamdulillah. Lega rasanya dengan kurniaan Allah ini yang membantu kami bersabar. Namun begitu, suntikan modal tetap diperlukan supaya perniagaan ini lebih stabil. Masih banyak kekurangan pada sunnahfarming, semoga Allah memberi kekuatan supaya dapat terus kekal dalam industri ini..
Stok kambing kelahiran Kuantan dapat turun ke tanah bukan main happy...tapi macam ayam bandar tak tahu nak pergi ke mana..
No comments:
Post a Comment