Seterusnya aku pergi melawat sebuah kandang ternakan yang sudah berusia 9 tahun di Bukit Goh. Pemiliknya bernama Adi. Kandang beliau agak tersorot di kebun sawit. Tidak ramai yang tahu tentang kandang ini, tapi yang pasti kambing mereka sungguh banyak dan sihat-sihat belaka. Aku anggarkan lebih 100 ekor terdiri daripada kambing kampung cross, kambing Boer pure dan cross, kambing jamnapari cross dan juga kambing Feral.
Untuk pengetahuan pembaca, kandang inilah yang membekalkan kambing Feral akikah untuk pelanggan sunnahfarming. Kami beli kemudian jual semula. Sekarang kami dah ada stok kambing sembelihan sendiri. Bolehlah dapat untung lebih sikit, itupun tak banyak kalau kos makanan diambilkira betul-betul.
Kambing betina jenis kampung cross..
Satu lagi rahsia kesihatan kambing di kandang ini yang aku boleh kongsikan adalah mereka menggunakan sumber makanan pelepah sawit dan dedak kambing jenis SIWA sahaja. Tiada rumput Napier, sekali-sekala sahaja. Yang pasti bro Adi ini adalah penternak berpengalaman cuma promosi sahaja kurang. Selepas bolehlah kami bekerjasama dengan dia memajukan industri perkambingan...Stok kambing Feral, yang tanduk panjang tu tak jual..koleksi peribadi katanya...
Kampung cross bersama dua ekor anaknya..
Pejantan Jamnapari cross dengan betina boer cross
Pejantan Boer dengan betina boer cross F1
No comments:
Post a Comment