Sunday, March 22, 2009

Lawatan ke Selangor..

Salam,

Pada hari Jumaat lepas aku, adik aku Zul dan anak saudara aku Adam telah membuat lawatan perniagaan ke dua buah ladang penternakan kambing yang terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Ladang tersebut ialah Agro Gemilang Farm Sdn Bhd di Banting dan Assakinah Agrofarm Enterprise di Hulu Langat. Lawatan tersebut bertujuan untuk membeli kambing Boer dan meninjau harga kambing Boer Wethers (kasi).

Adik aku dan anak saudara di hadapan pintu masuk..jauh lagi dari kandang.


Papan tanda kandang. Kandang ini terletak di lereng bukit kebun getah..syahdu je pemandangan.

Kedua-dua ladang penternakan tersebut semuanya sudah hebat dan berpengalaman dalam industri penternakan kambing di Malaysia. Banyak yang aku pelajari dari mereka terutama En.Azli AG dan En.Suhaimi AS. Malangnya En.Suhaimi tidak dapat ditemui kerana tiada di kandang. Cuma dapat berhubung di talian sahaja. Malas nak cakap banyak, anda boleh layan gambar-gambar.

Pejantan Boer Assakinah..

Induk Koplo dikacukkan dengan pejantan Boer untuk menghasilkan kambing yang sederhana saiznya..Assakinah


Anak hasil kacukan pejantan Boer dengan induk Feral...comel kan? Muka besar.


Tiga kandang Agro Gemilang di Banting..gambar kambing power boleh rujuk www.kambing-boer-malaysia.blogspot.com. Tak sempat nak ambil sebab terlalu teruja..


Aku dan Adam bersama Azli...muda lagi dia ni tapi sudah jadi usahawan berjaya..mungkin jutawan?

Wednesday, March 18, 2009

Lawatan ke MARDI Kluang

Salam semua,

Semalam aku telah membuat lawatan ke Mardi Kluang untuk tujuan mendapatkan maklumat berkenaan kajian tugasan Master aku. Aku pergi dengan 3 orang rakan sekelas. Kami bertemu dengan pakar pemakanan ruminan Abang Zainal (20 tahun pengalaman) dan En.Rizal (ye ke nama dia ni..lupa lak) penolong penyelia unit penyelidikan kambing.



Abang Zainal dengan anak Dorper umur 3 minggu berat 4kg

Banyak idea baru diperolehi, terutama Mardi sedang membuat kajian tentang biri-biri pedaging jenis Dorper yang diimport dari Afrika Selatan. Baru sebulan di Malaysia...layan jelah gambar-gambar ni..


Bebiri Dorper betina sedang berlari masuk ke kandang selepas meragut sambil dipantau oleh Abg Zainal. Korang nak tau, dijerkahnya bebiri yang salah masuk kandang!


Bebiri Dorper betina sedang dijamu dengan PKC selepas masuk ke kandang


Bebiri Dorper jantan berat antara 50kg hingga 80kg..banyak daging ni!


Kandang moden untuk penyelidikan berharga RM100,000. Ada berani?



Tidak dilupakan segerombolan Boer sedang meragut di padang ragut yang luas macam kat New Zealand aku rasa..kambing Boer sudah habis diselidik. Akan dijual oleh anak syarikat Mardi iaitu MardiTech Sdn Bhd.

Akhir sekali, aku dan rakan sekelas bergambar dengan pakar-pakar MARDI. Yang terselit tu anak buah aku..

Saturday, March 7, 2009

Dilema

Salam sejahtera,

Aku sekarang sedang menghadapi dilema. Justeru ingin meminta rakan-rakan penternak berpengalaman membantu aku.

Ada beberapa pembeli yang nak beli anak kambing betina aku. Nak jual ke tak nak? Aku bukan ada banyak kambing pun, kalau jual nanti tak ada pelapis. Tak jual karang macam menolak rezeki. Selepas itu ada 4 orang berminat nak beli sepasang, rezeki tu..tapi aku rasa dilema sebab anak kambing betina aku tak banyak.

Kawan-kawan boleh tak bagi syor? Thank you.