Monday, May 14, 2018

Salam Ramadhan 2018


Setahun selepas post terakhir tentang penternakan sunnahfarming tiba kembali pada ramadhan tahun ini yang bakal disambut inshaallah pada hari Khamis.

Semalam ketika pulang dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru terlihat banyak sekali kambing kampung yang diternak secara lepas bebas di sekitar Pekan dan Rompin Pahang. Geram je tengok sampai anak kedua cakap "Jom abi kita tangkap naik Hilux".

Begitulah impian untuk membela kambin masih subur. Tunggu rumah baru siap dulu..ada kebun sawit bolehlah bela sikit-sikit kat dalam tu. Perniagaan mungkin sudah tiada tetapi penternakan tetap boleh dilaksanakan!

Monday, June 19, 2017

Salam Ramadhan 2017


Assalamualaikum...wbt

Hampir dua tahun tidak mengemaskini blog disebabkan masalah akaun blogger akhirnya hari ini dapat menulis coretan di arena perkambingan hehe..

Buat pengetahuan semua pembaca budiman, pada masa ini semua kambingku telah habis dijual kerana beberapa sebab..

1. Tiada pekerja nak jaga kambing setelah pekerja Indonesia balik kampung, susah betul nak mencari pengganti melainkan kita jaga sendiri.

2. Hujung tahun lepas aku keluar dakwah 40hari di Bangladesh jadi nak kosongkan minda..kasi kosongla itu kandang bhai hehehe..

SO..kiranya aku berhenti dah bela kambing buat waktu ini. Niat nak sambung semula sekiranya aku dah dapat bertugas semula di kampung...inshaallah. Kandang masih utuh cuma bumbung kena tukar atap zink kilang sebab pecah-pecah ditimpa durian..

Inshaallah..ada masa aku update lagi apa-apa story berkaitan kambing. Never give up never surrender!




Penghantaran batch pertama ke Kuala Terengganu..
3 betina 1 jantan 1 anak jantan..

Tuesday, December 8, 2015

Salam hujung tahun 2015

Assalamualaikum semua..

Agak lama tidak bersua di blog diari kisah penternakan kambing yang aku ceburi. Ini kerana kesukaran untuk mengemaskini blog yang dikawal oleh google ini. Aku masih menternak kambing seperti mana awal tahun 2008 dahulu. Besar atau kecil bukan ukuran sekarang..yang penting aku masih menternak walaupun bukan sebagai perniagaan. Lebih kepada minat yang mendalam untuk menternak kambing.

Syukur pada Allah..rezeki hujung tahun dapat sepasang kembar dari induk yang aku beli daripada MENGASA FARM Besut Terengganu. Yang jantan kunamakan Putih manakala yang betina diberi nama Merah. Pejantan Saanen putih dikacuk dengan Boer coklat penuh.

Gambar ehsan mengasa farm...tempat aku beli induk baru.

Sunday, October 26, 2014

Projek Akhir Tahun 2014..


Assalam..

Berikut adalah beberapa perancangan aku untuk tahun ini..

1. Menyiapkan kandang baru 14' x 20' sebelum kambing beranak hujung tahun ini ( 3 ibu bunting). Tergendala sebentar lepas berselisih faham dengan mak mertua haha..kes berebut cucu

2. Mencari pekerja tetap untuk uruskan kambing sepanjang ketiadaan aku di kampung. Sekarang kakak ipar yang diupah jaga sebab dia minat. Abg ipar yang jaga sebelum ni dah dapat kerja jauh.

3. Pasang pagar supaya kambing boleh dilepas meragut. Jimat tenaga cari makanan.

4. Roboh kandang di Kuantan untuk dijual kayunya..

Sekian. Harap sukses sebab ada yang guna duit ada yang tidak..


 
                                        
                 

                                                                   Baiki traktor gear jammed kos RM1300

Kilang jual makanan terbaru di Simpang Renggam..



                                                                  Ibu tua tetapi produktif


Ibu dan anak jantan..
 


Mesin chopper dan mixer nak dibawa pulang ke Pontian..

Kenapa aku masih bertahan..? Aku pun tak tahu..


Assalam..

Post kali ini berkisar kepada persoalan seperti tajuk di atas. Kambing-kambing di kandang Seberang Takir telah dijual dengan harga rm2800 (lumpsum 17 ekor kambing). Sebab dijual sudah dinyatakan sebelum ini iaitu tapak kandang kerajaan ambil alih untuk projek jambatan.

Kambing di kandang Pontian pada mulanya ada pembeli tetapi cancel last minute. Maka itulah kambingku yang masih menjadi nadi perniagaan penternakan kambing ini. Hati ini masih sukar melepaskan meskipun ia telah menjadi usaha non profit.

Baru-baru ini aku terbaca testimoni beberapa usahawan yang meningkat maju selepas menghadiri siri ceramah Dr. Azizan Osman. Tiba-tiba kepala aku jadi ligat untuk memajukan perniagaan dengan modal dan aset yang ada. Antara idea yang aku perolehi adalah

1. Menyewakan traktor yang aku miliki kepada sesiapa yang berminat.
2. Memasukkan kambing akikah untuk jualan di samping membiakkan kambing sedia ada sebanyak 5 ekor.
3. Menjual susu kambing yang dibeli daripada pembekal Osman Goat Farm

Semua idea ini akan terlaksana apabila aku memulakan langkah pertama iaitu menaikkan papan tanda.

Contoh papan tanda..

Cuma ada satu masalah, tapak kandang aku di Pontian adalah milik mak mertuaku. Semua nak kena minta izin dia..

Thursday, July 17, 2014

Perubahan operasi 2014..

Assalam..

Selamat menyambut Ramadhan yang sudah memasuki fasa ke-3 semoga malam Lailatulqadar akan ditemui pada tahun ini. Pada tahun 2008 iaitu semasa industry kambing sangat berkembang pesat pasti ada rakan penternakan yang post ucapan selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri..sekarang dah tiada..hmmm..

Pada tahun ini, aku terpaksa mengubah sedikit operasi ternakan kambing aku kerana tapak kandang di Seberang Takir akan di ambil alih kerajaan untuk projek pembangunan dan pembinaan jambatan dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu. Operasi kambing akan dipindahkan ke kandang Pontian.

Sekarang ini aku sedang membina kandang baru 20' x 14' untuk menerima kambing kampung yang membiak di sini. Kandang sedia ada pun agak uzur dimakan anai-anai dan banyak kecederaan berlaku. Nak tak nak kenalah buat baru tapi kayu yang digunakan kayu terpakai jadi jimat sikit kos.

Doakan semuanya berjalan lancar.






 Kelahiran sulung tahun 2014..jantan.





Pejantan baru...bagus sebab datang terus panjat betina.

Saturday, April 5, 2014

Assalam..

Selamat bersua kembali. Menyepi bukan kerana tiada aktiviti tetapi dihantui masalah untuk mengemaskini blog kerana pertindihan akaun. Sekarang dah berjaya kembali.

Hari ini aku menceritakan tentang penternakan kambing yang aku mulakan pada tahun 2008. Kandang di Seberang Takir tidak putus-putus beranak saja. Alhamdulillah. Kandang di Pontian pula aku kehilangan 2 ekor pejantan penting. Satu kerana lambat beri rawatan akibat luka di kaki manakala seekor lagi tidak dapat dikenalpasti puncanya. Minggu depan aku akan memasukkan pejantan Boer tempatan umur 1 tahun..yang betina dah montel-montel sebab makan terlebih cukup.

 Salah seekor kambing dihasilkan di kandang Seberang Takir..


 Kandang Kuantan yang sunyi tiada penghuni...


Pejantan muda di kandang Pontian yang mati..

Kandang di Kuantan masih sunyi tiada penghuni..mungkin akan dirobohkan sedikit bagi tujuan mengumpul modal. Aku akui kesilapan semasa membina kandang ini yang terlalu "ambitious".

Semoga semangatku akan terus kekal di sini..

Tuesday, June 25, 2013

Group pembiak kambing/biri-biri..


Salam,

Di facebook sekarang sudah ada grup yang boleh digunakan untuk berbincang dan bertanya berkenaan penternakan kambing..boleh dimanfaatkan.

https://www.facebook.com/groups/385930881475637/

Kambing di Seberang Takir dan Kuantan..

Salam,

Perkembangan penternakan kambing terkini. Buat masa ini..kandang di Kuantan masih ditutup kerana kekurangan dana. Hanya penjualan kambing kecil-kecilan dibuat manakala kambing kampong di Seberang Takir makin banyak..lebih kurang 20 ekor dah sekarang..Alhamdulillah.

Monday, June 24, 2013

Cerita terkini...

Salam,

Ini adalah posting pertama bagi tahun 2013..dah x sempat nak update post. Tambahan pula ada saluran baru seperti facebook dan sebagainya.

Hari ini aku nak bercerita tentang perkembangan terkini penternakan kambing aku. Minggu depan aku akan memindahkan kambing dari Johor Jaya ke Pontian. Kandang lama sudah aku baiki dan siapkan hujung minggu baru-baru ini.

Sebab aku terpaksa pindahkan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

1) Pihak Nazir yang datang memantau sekolah tidak membenarkan aku menternak kambing di sekolah kerana bukan projek sekolah. Aku cuba jual tetapi agak sukar...nak sembelih sayang woo..

2) Bekalan makanan seperti hampas soya kering sudah tidak dapat diperolehi lagi. Ini menyebabkan kesihatan kambing merosot kerana bergantung kepada rumput sahaja. Daun sukar diperolehi di kawasan ini.

3) Kesibukan aku di sekolah yang melampau-lampau menyukarkan aku membelai dan merawat kambing lebih kerap. Sedih aku tgk kambing semakin kurus..

Aku seolah-olah semakin putus asa apabila kehilangan seekor ibu kambing, pejantan dan 3 ekor anak yang lahir pada hujung tahun lepas. Sebab tidak diketahui tetapi aku rasa pasal makanan dan kebersihan kandang yang kurang dek kerana kesibukan aku di sekolah (ada cikgu bercuti 1 tahun so aku kena cover tugas 2 kali ganda).

Sekian laporan kali ini...aku tidak akan berhenti!
 Sumber Napier sudah berkurangan kerana hendak dijadikan gelanggang futsal...
 
Ibu kambing yang mati mengejut..jumpa dah kembung.

Saturday, November 24, 2012

MAHA 2012

Salam,

Mulai 23hb November hingga 2 Disember akan berlangsung sekali lagi MAHA 2012. Aku tidak dapat pergi MAHA 2010 sebab tidak berkesempatan. Insya Allah aku akan ke sana pada tahun ini dengan niat mencari baka kambing Boer jantan yang baru bagi menggantikan pejantan aku yang sakit CLA. Kalau dapat cari vaksin CLA pun bagus juga manalah tau boleh sembuh.

Pada minggu lepas aku pergi ronda-ronda kandang kawan-kawan lama seperti DBaraqah Farm Sanglang malangnya sudah tidak beroperasi lagi. Niat di hati hendak cari pejantan Boer kalau mereka ada stok. Khabarnya sudah pindah operasi di Batu Pahat. Kesian penternak kambing..

Harap-harap di MAHA 2012 aku dapat cari baka Boer Jantan yang murah dan bertenaga!

Kelahiran tak dijangka..


Salam..


Pada hari Isnin minggu lepas aku menerima panggilan dari cikgu perempuan yang suka datang tengok kambing aku sebelum pergi sekolah..dia cakap ada anak kambing terbaring. Masa tu aku sedang khusyuk memotong rumput Napier sebagai bekalan cuti sekolah panjang ni..aku pun hairan juga anak kambing mana pulak. Rupa-rupanya seekor kambing aku melahirkan anak kambing yang baru..aku tak sangka sebab ingat kambing lain yang beranak dulu. Kelam kabut aku minta tolong kawan aku jenguk..balik-balik dah siap kandang sementara..alhamdulillah dapat anak betina seberat 3 kg lebih.

Anak kambing pertama...betina badan putih kepala coklat cair

Aku pun apa lagi terus siapkan petak kambing beranak sebelum kambing lain beranak. Dapat siap 4 petak tetapi belum sempat sumbat ibu kambing veteran pulak beranak kembar di luar petak. Masa tu hujan lebat, aku baru siap kelas tambahan SPM. Datang-datang dah beranak kaki terkepit celah kayu. Seekor anak betina mati kejung agaknya kena pijak ngan kambing lain. Anak jantan dapat diselamatkan. Aku punya geram..2 ekor lagi ibu bunting aku terus sumbat dalam petak beranak takut terjadi lagi.

Anak  kambing kedua...jantan

Apapun aku bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Jantan aku walaupun sakit dapat juga dia buntingkan keempat-empat betina yang aku ada. Selepas ini aku terpaksa sembelih sebab makin teruk sakitnya, Kesian dia..

                                                            Lutut semakin membengkak

Wednesday, October 10, 2012

Rezeki kambing kampung..

Salam,

Syukur pada Allah pada minggu ini, kambing kampung aku kat Seberang Takir telah beranak sebanyak 3 ekor ibu. Semua beranak kembar 2 tetapi aku belum tanya abang aku jantan betina berapa ekor. Dalam sibuk-sibuk nak pindah kandang tu kerana diambil alih oleh kerajaan tanahnya, makin bertambah pula ahlinya..betapa besarnya rahmat Allah.

Kambing di Johor Jaya masih belum ada pembeli..tarikh untuk aku keluar beruzlah sudah semakin hampir. Semoga Allah permudahkan urusan ini. Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Veterinar oh veterinar...

Salam,

Semalam aku hubungi pejabat veterinar untuk suntikan vaksin penyakit CLA yang dialami oleh kambing aku. Stok vaksin tak ada pulak..dah expired, sudahnya diorang suruh aku beli vaksin tu HTPVEC (lebih kurang gitula namanya sebab catat dari panggilan telefon) yang harganya RM200++.

Masalahnya CLA ini adalah wabak yang perlu dikawal oleh mereka, kalau sakit biasa bolehlah aku beli ubat-ubat yang patut. Kata mereka kalau nak suntik aku kena bayar harga vaksin tu. Patut tak korang rasa?

Tak membantu langsung veterinar Malaysia ni..minta datang pun pelbagai alasan diberi. Kalau kandang besar laju je...

Saturday, September 8, 2012

Caseous Lymphadenitis (CLA)...

Salam,

Hari ini aku ingin bercerita tentang sejenis penyakit kambing. Setelah ditilik oleh Dr.Zainal..kambing jantan aku mungkin mengalami penyakit CLA (kes bisul/bengkak nodus limfa) yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang bernama Corynebacterium pseudotuberculosis. Tanda klinikal utama jangkitan yang boleh dilihat secara mata kasar adalah bengkak, pecah dan bernanah di kawasan kelenjar seperti bawah leher, celah kelangkang, dan bahagian atas paha.
http://www.dvs.gov.my/html/themes/jph/pdf/4A_-_VETERINAR___PENYAKIT_BISUL_NODUS_LIMFA_(CLA)%5B1%5D.pdf

Kambing jantan aku mengalami bengkak kelangkang kaki belakang tetapi belum pecah. Penyakit ini boleh menyebabkan kambing jadi kurus dan jika pecah bisul boleh merebak ke seluruh kawasan kandang. Ngeri juga baca artikel pasal CLA ni tetapi jangan panik.

Langkah pertama, asingkan kambing. Kedua suntik antibiotik. Ketiga panggil veterinar untuk suntik vaksin. Keempat sembelih jika sudah kurus sangat, daging yang bengkak tu buang dan yang elok mesti dimasak sepenuhnya. Buat stik tak bolehlah..


Friday, September 7, 2012

Kisah Kambing di Kuantan..

Salam,

Kandang kambing di Kuantan sudah berhenti beroperasi buat sementara waktu. Antara sebab-sebabnya..

1. Penjaga kandang - adik ipar aku Zul sudah tak mampu nak jaga sejak kemalangan jalan raya di kaki.

2. Bekalan air dan elektrik - sejak Kedai Makan Pok Jak berpindah lokasi kami kehilangan bekalan kerana ianya disewa daripada mereka. Sukar beroperasi tanpa dua benda alah ni..

3. Peserta kontrak farming - 40 ekor kambing kampung cross  milik peserta kontrak En.Salihi manakala bakinya 10 ekor milik kami setelah semua Jamnapari kami dijual. Sekarang dia dah buka kandang sendiri di Kelantan jadi semua sudah pindahlah..

4. Ancaman haiwan liar - oleh kerana kandang menjadi sunyi maka serangan anjing liar yang menceroboh kandang berlaku menyebabkan beberapa ekor mati. Bakinya telah dijual kerana penjaga mengalami 'depression' akibat banyak sangat dugaan hehe..

Makanya tiada lagi kambing di Kuantan adik aku cakap tak nak bela lagi..dia nak buat trading je sebab orang masih mencari kambing untuk sembelihan.

Orang-orang kampung mula mencemuh kami..tak apa biarkan mereka melihat sebab hati manusia memang suka lihat orang jatuh. I.allah dengan bantuan Felda, kambing-kambing sembelih akan dibawa masuk selepas ini..

Cabaran lagi..versi Terengganu

Salam,

Tahun ini aku menerima satu lagi cabaran iaitu tanah tempat aku bela kambing kampung di Seberang Takir akan diambil alih kerajaan untuk projek pembinaan jambatan dan hotel sepertimana yang mereka buat di Pulau Duyung (tempat berlangsung Monsun Cup tu..). 

Notis pengosongan bermula bulan September telah dikeluarkan. Yang peliknya notis itu hanya diserahkan kepada rumah aku dan jiran sebelah sahaja. Pengusaha-pengusaha ikan masin yang sepanjang 1 km yang hanya 10 meter sahaja dari rumah aku tidak pula diberi dengan alasan mereka akan menaik taraf kawasan itu..

Sebenarnya tapak kandang itu adalah bekas rumah keluarga aku di mana disitulah kami membesar. Tiada geran kerana ia memang milik kerajaan....ah! malaslah nak fikir tapi biarlah tindakan mereka tidak mengabaikan nasib orang Melayu. Sebab bila cerita pasal projek sudah tentu orang Cina yang akan dapat dahulu sebagaimana berlaku kepada Pulau Duyung..

Dataran Shahbandar dilihat dari Puncak Bukit Puteri...seberang sungai tulah Seberang Takir.

Sekarang ini, aku dan abangku sedang rancang untuk pindahkan kambing kampung sebanyak 13 ekor pelbagai kategori umur dan jantina ke kandang Johor Jaya sebab kandang Kuantan sudah tiada kambing lagi dibela...aku akan cerita dalam post seterusnya. Cuma masalahnya aku perlu buat kandang tambahan sebab kambing yang nak dipindahkan ni spesies lain hehe..kat kampung dah tiada tempat nak bela. Abang aku pun dah sibuk sejak kawin jadi dia setuju aku bela kat Johor Jaya. Tinggal aku je yang masih bersemangat..

Kambing oh kambing..

Salam sejahtera,

Lama betul tak buat coretan tentang kambing ini. Aku masih berkecimpung dalam penternakan kambing. Ramai juga kawan-kawan yang dah entah ke mana..

Kambing sedang makan PKP jenama SIWA..
 
Untuk pengetahuan semua, kambing aku di Johor Jaya masih belum terjual walaupun dah ramai juga yang tanya tapi senyap tanpa susulan. Rasanya aku letak harga tak mahal..jatuh RM600 je seekor. Oleh sebab aku nak jual semua 7 ekor jadilah harganya RM4000 jadi orang pun takutla..tapi tak apa kalau tak leh jual aku bela je..time berkelana nanti aku upahlah orang jaga. Makanan pun dah xde masalah dengan tambahan 2 tong besar baru cukup untuk sebulan cuma orang yang aku upah ni perlu tahu merawat kambing kalau sakit. Setakat sakit teruk takdela cuma yang jantan 2 ekor kakinya asyik berkudis dan berulat kena selalu ditengok dan disembur ZOOSAMEX. Dah pelbagai rawatan aku bagi...Penicillin, Minyak Gamat, Iodin, Acroflavine hingga minyak hitam pun aku sapu tak hilang kudisnya. Suntik dengan Betamox LA dan Terramycin pun masih berulang sakitnya.  Sekarang aku sedang menghantar kes kepada Dr.Zainal (ex-U Keng) untuk didiagnosis..mintak-mintak dia tahu sebab dan cara merawatnya.

Murid aku sedang belajar mencincang Napier menggunakan mesin chopper sebab diorang belajar Bab Enjin.
 


Sunday, June 17, 2012

Kambing untuk dijual di Johor Jaya!

Salam sejahtera,

Lama aku tak ke udara tup-tup nak jual kambing. Aku ingin menjual kambing aku di kandang Johor Bahru terdiri daripada 2 ekor jantan jamna cross, 4 ekor betina boer dan 2 ekor anak betina berumur 3 bulan.

Aku nak jual sebab pada hujung tahun ini aku bercadang untuk keluar dakwah selama 40 hari. Dah 3 tahun aku x keluar. Sebelum ni aku upah orang menjaga tetapi setakat 2 mggu bolehlah aku prepare makanan..kali ini x boleh sebab lama sangat.

Aku bukan berhenti tetapi duit jualan aku akan beli kambing kampung dan hantar ke kandang Kuala Terengganu. Kambing kamping aku dah membiak sebanyak 15 ekor setakat ini. Sesiapa berminat boleh hubungi aku Zaki 012-7667139. Harga boleh dirunding.

Monday, March 26, 2012

Kelahiran sulung 2012..

Salam,

Pada hari Khamis 15 Mac kambing Boer aku di Johor telah melahirkan seekor anak betina tetapi masa tu cuti sekolah aku balik kampung abang aku kahwin jd ibu dara tu jenis geli anak dia menyusu, anaknya mati sebab lemah x menyusu. Yang tolong jaga kambing takde pengalaman..nak buat macamaa xde rezeki.

Alhamdulillah, hari Rabu 21 Mac Allah bagi aku ganti 2 ekor betina melalui seekor lagi Boer induk veteran..sekarang dah sihat aku pegang mak dia msa anak dia nk minum susu. Terima kasih ya Allah, mengembirakan hati hambaMu ini..